Siakap Keli

Telefon Pintar Ini Sesuai Untuk Pelajar Yang Mahukan Peranti Berkuasa Tinggi Pada Harga Mampu Milik

Bermacam-macam model telefon pintar kita boleh lihat berada dipasaran sekarang.  Dari yang murah hinggalah ke ribuan ringgit. Ambil contoh peranti flagship, dilengkapi dengan spesifikasi tinggi tetapi harganya mampu mencecah RM3000 hinggalah RM4000.

Dengan tawaran harga sebegitu, sudah tentu ia membantutkan impian sesetengah golongan untuk memilikinya, terutama sekali golongan pelajar. Namun tren penawaran telefon pintar sudah berubah. Pengeluar sudah berani tampil dengan model berspesifikasi baik pada harga yang berpatutan.

Contoh paling mudah adalah Honor Play. Muncul dengan teknologi yang memberi fokus kepada permainan mudah alih dan dalam masa yang sama didagangkan pada harga yang tidak masuk akal.

Bayangkan hanya bernilai RM1249, Honor Play dilengkapi dengan komponen yang setara dengan peranti kelas atasan.

Bersesuaian dengan yang diberi, Honor Play dibangunkan untuk memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game mudah alih.  Dengan kemunculan telefon pintar ini, ia memecahkan jurang harga yang tinggi diletakkan pada peranti gaming seperti Asus ROG dan Razer Phone. Senang kata, ia telefon pintar gaming termurah ketika ini dan boleh ditawarkan pada semua golongan.

Walaupun berharga murah, Honor Play dipersenjatakan dengan cip pemprosesan aras tinggi buatan Hisilicon, Kirin 970. Sebelum ini Kirin 970 biasa dilihat pada peranti flagship seperti Huawei P20 Pro dan Honor 10. . Cip ni turut disokong dengan teknologi AI bersama-sama dengan unit pemprosesan neural (NPU). Boleh bayangkan kemampuan yang bakal ditunjukkan oleh Honor Play?

Jika Razer Phone ada skrin paparan 120Hz, Asus ROG Phone ada sistem penyejukan, Honor Play pula disertakan dengan teknologi GPU Turbo. Teknologi ini dicipta oleh Huawei bagi mengoptimumkan penggunaan unit pemprosesan grafik, memberikan paparan yang jelas dan berkualiti ketika bermain permainan video.

Perkara menarik tentang GPU Turbo, ia menjanjikan 60% peningkatan prestasi telefon dengan 30% penjimatan kuasa bateri. Tiada masalah memainkan game berat seperti PUBG.

Bagi anda yang pernah bermain PUBG, pasti tahu tentang keperluan grafik yang tinggi untuk memainkannya. Tak semua telefon berharga murah mampu menjalankan game ini tanpa mengalami sebarang gangguan visual. Mesti ada paparan yang tersangkut-sangkut.

Jangan ragu-ragu memilih Honor Play, ia memang dibangunkan  dengan memfokuskan permainan PUBG. Letak saja tetapan grafik dan fps pada tahap tertinggi, PUBG mampu dimainkan dengan lancar.

Bagi menjadikan pengalaman bermain bertambah baik, Honor Play didatangkan dengan ciri 4D Smart Shock dan 3D Gaming Sound Effect. Aksi tembak-menembak lebih mengujakan apabila anda boleh merasai getaran dan mengesan bunyi pergerakan musuh. Walaupun murah tapi macam-macam ada!

Memperkuatkan lagi Honor Play adalah skrin paparan yang besar berukuran 6.3 inci menyokong resoluis HD+. Bukan saja skrin besar, baterinya juga besar. Berkapasiti 3750mAh, anda pasti gembira kerana ia mampu bernyawa sehari suntuk walaupun menjalankan permainan berat. Terima kasih kepada GPU Turbo.

Tak dilupakan juga sistem kamera yang dibantu teknologi AI. Dwi lensa kamera belakang 16MP+2MP boleh mengenal pasti 22 jenis objek. Memori RAM pula sebesar 4GB disamping ruang storan 64GB yang boleh ditambah dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256GB.

Rasa terganggu dapat notifikasi ketika bermain? Jangan khuatir. Honor Play mempunyai ciri Game Suite dimana anda boleh bertukar kepada mod prestasi tinggi dan sekat notifikasi untuk lebih fokus bermain.

 

Apa yang boleh diperkatakan tentang Honor Play adalah ia telefon pintar memfokuskan permainan, dilengkapi spesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga rendah. Didagangkan pada nilai RM 1249, ia mempunyai dua pilihan warna; Navy Blue dan Ultra Violet.

Apa yang pasti, bagi anda yang mungkin seorang pelajar, pengguna biasa mahupun gamer, Honor Play mungkin peranti pilihan terbaik. Bukan setakat boleh menjalankan permainan berat, Honor Play juga berharga murah.

Bagi yang bercita-cita mahu mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner dan menikmati pengalaman bertempur dengan lebih baik dalam Mobile Legends, Honor Play sedang menunggu anda di laman rasmi hihonor Malaysia atau anda boleh beli dari gedung dalam talian Honor di Shopee.

Tak dilupakan juga, pada 7 September depan, Honor Play Player Edition akan ditawarkan di Shopee. Edisi istimewa ini menampilkan rekaan luar yang lebih menarik, menimbulkan lagi gaya sebuah gaming smartphone.

Mengapa perlu bayar lebih untuk prestasi yang sama? Pilih Honor Play #playmorepayless.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think