Siakap Keli

(Video) Jepun Sedang Dilanda Taufan Paling Kuat, Dijangka Akan Lebih Mengganas Esok

Jepun mengeluarkan arahan pemindahan untuk lebih dari 1 juta orang dan membatalkan beratus-ratus penerbangan dalam menghadapi angin kencang dan hujan lebat ketika taufan Jebi membuat pendaratan di sepanjang pantai tengah barat hari ini.

 

Typhoon #Jebi is making landfall in #Japan, bringing damaging winds, torrential rain, stormy seas and the risk of coastal flooding. There’s recently been a 92 mph gust at Nankishirahama Airport on the south coast of Honshu pic.twitter.com/SBhsEHJIwm

Jebi yang bermaksud ‘telan’ dalam bahasa Korea ialah insiden cuaca buruk terbaru melanda Jepun pada musim panas kali ini selepas hujan lebat, tanah runtuh, banjir dan musim panas melampau sehingga meragut ratusan nyawa.

Agensi meteorologi memberitahu, “orang ramai perlu bersedia dengan kedatangan ombak tinggi dan hujan lebat yang kuat.  Sekiranya taufan ini mengekalkan kelajuan dan kuasanya diparas yang sama, ia boleh menjadi taufan paling kuat serta penyebab tanah runtuh seperti yang pernah berlaku pada tahun  1993.”


Semua perjalanan darat dan 700 penerbangan udara telah dihentikan manakala lebih 350,000 rumah serta pejabat ditutup jana kuasanya. Turut terjejas adalah taman tema Universal Studios yang terpaksa ditutup buat sementara.

Taufan Jebi sedang ‘menelan’ bahagian barat Jepun sekarang ini dan dijangka melanda Shikoku sebelum menuju laju ke arah Honshu dan Osaka, bandar kedua terbesar negara itu.

Kelajuan angin dilaporkan menjangkau 170 kilometer sejam dan dijangka akan mencecah sehingga kelajuan maksimanya setinggi 216 kilometer sejam.  Hujan dengan 300 milimeter akan berlarutan sehingga pagi esok.

Nur Farra