Siakap Keli

(Video) Dengan ‘Bantuan’ Alam, Beratus-Ratus Telur Ayam ‘Rosak’ Ini Berjaya Dieram Dan Menetas

Beratus-ratus biji telur ayam terbiar, yang ditinggalkan di satu kawasan buangan di Goergia dilaporkan dieram secara semula jadi, hasil bantuan cuaca hingga menyaksikan anak ayam-anak ayam yang baru berjaya menetas.

Fenomena yang dianggap sebagai ‘ajaib’ oleh penduduk tempatan itu turut dirakam dalam satu video yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial. Malah, penduduk tempatan juga tidak ketinggalan untuk membawa pulang anak ayam yang baru menetas itu ke rumah masing-masing.

Menurut laporan akhbar tempatan, telur-telur tersebut pada awanya diklafikasikan sebagai rosak oleh pengusaha sebuah pusat ternakan ayam telur di pekan kecil Marneuli. Pengusaha ayam telur tersebut kemudian meninggalkan telur-telur tersebut di satu kawasan terbiar. Malah, penduduk kampung turut tidak peduli dengan telur-telur tersebut kerana menganggap ianya tidak lagi boleh digunakan.

Video yang dirakam penduduk setempat itu kemudian menjadi viral hingga berjaya menarik perhatian netizen-netizen di media sosial. Sesetengah turut menganggap kejadian tersebut sebagai sesuatu yang menakjubkan dan turut ingin tahu keadaan anak-anak ayam tersebut.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan oleh netizen berhubung kejadian tersebut, pihak berkuasa Marneuli  telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menjelaskan sebahagian besar anak-anak ayam tersebut telah pun diambil oleh penduduk tempatan untuk dibela.

Sumber : RT News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di