Siakap Keli

“Cikgu, Tu Ayah Saya,” Rombongan Sekolah Ke Penjara Bertukar Sebak Banduan Yang Dilawati Rupa-rupanya Ayah Sendiri

Momen menyayat hati ini mampu meruntunkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.  Rombongan sekolah yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar bertukar kepada perjumpaan menyayat hati apabila salah seorang banduan tersebut merupakan bapa kandung kepada salah seorang murid yang mengunjungi lawatan penjara terbabit.

Momen tragis ini ditulis melalui catatan salah seorang pegawai pasukan Jam Banjeud Rayong, sebuah organisasi yang menguruskan lawatan berunsur pendidikan dan rekreasi untuk sekolah dan firma.

Ketika lawatan tersebut, salah seorang daripada pelajar tersebut dilihat tiba-tiba berdiri tegak sambil menatap salah seorang banduan dan menitiskan air mata.

“Saya mula menyedari ada air mata mengalir jatuh ke muka murid berkenaan.  Saya turut pelik kerana banduan itu juga turut menangis.”

“Jadi saya pun bertanya budak lelaki berkenaan, apa yang telah berlaku?”

Murid itu menjawab, “cikgu, tu ayah saya.”

Terkejut dengan kenyataan pelajar tersebut, Arom selaku salah seorang pegawai rombongan yang bertugas meminta izin penjara warden bagi membenarkan mereka berjumpa.

“Sambil menangis mereka berlari dan memeluk erat masing-masing.”

Arom menambah, “ayah pelajar itu tak henti mencium anaknya sambil meminta maaf dan menyatakan rasa rindunya.”

“Bila saya keluar daripada tempat ini saya akan menjadi orang yang baik. Tolonglah jadi anak yang baik, anak ku.”

Bapa yang sebak dengan apa yang berlaku bertanyakan anaknya, “kau malu ke dengan ayah? Kau malu ke dengan kawan-kawan kau yang tahu ayah dalam penjara?”

Anaknya lantas menjawab, “tak ayah, saya tak malu langsung.”

Bagi menunjukkan rasa hormat mengikut tradisi Thailand, pertemuan itu diakhiri dengan anak itu melutut ke lantai sambil memegang kaki ayahnya sambil mengharapkan pertemuan itu bukanlah pertemuan yang terakhir buat mereka.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra