Siakap Keli

CNN Senaraikan Makanan Terbaik Dunia, Tak Sangka Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Ini Tersenarai Dalam ”Top 10”

Semua pasti ada makanan kegemaran yang tersendiri, betul tak? Tapi dalam banyak-banyak makanan, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah makanan yang terbaik atau paling lazat di dunia?

Berdasarkan laporan dari Cable News Network (CNN), hasil kajian yang dijalankan mereka telah menyenarai pendek 5o makanan yang didakwa sebagai makanan terbaik di dunia.

Tapi apa yang mengejutkan, makanan dari negara kita turut tersenarai dalam top-10 makanan terbaik. Wow, kami yakin pasti ramai yang gemarkan makanan ini dan selalu makanlah! Nak tahu apa? Jom kita semak list di bawah !

10. Chicken Muamba, Gabon, Afrika

Hidangan Chicken Muamba yang berasal dari Gabon, Afrika ini menduduki tangga ke-10 dalam makanan yang terbaik di dunia.Resipi yang mencampurkan ayam, cili pedas, bawang putih, tomato, lada, garam, okra dan mentega sawit ini akan memaksa anda untuk tambah berpinggan kerana dikatakan sangat enak.

9) Ais Krim – Global

Sesiapa sahaja pasti sukakan ais krim tak kiralah dari kanak-kanak hingga dewasa. Makan pula sewaktu cuaca panas, rasa sejuk di tekak memang sedap. Jadi tidak hairanlah, mengapa ais krim tersenarai di tangga ke-9 makanan terbaik di dunia. Bayangkan aiskrim yang ditaburi kacang, marshmallow dan sos coklat di atasnya, cukup membuatkan kita terliur !

8) Tom Yum Goong, Thailand

Bila sebut saja pasal Thailand, semua tidak dapat menafikan keenakan makanannya. Tak hairanlah ramai ‘food hunter’ yang sanggup meredah ke negara jiran itu untuk makan. Selain pulut ayam atau mangga, tomyam menjadi hidangan popular yang tak dapat disangkal lagi. Tersenarai dalam makanan terbaik dunia di tangga ke-8, tom yum goong dengan campuran udang, cendawan, tomato, serai dan daun limau purut bersama rasa masam, masin, manis dan pedas dalam satu hidangan cukup menyelerakan.

7) Asam Laksa, Penang, Malaysia

Fuhhh, memang tak sangka makanan rakyat Malaysia, asam laksa dari Penang ini berjaya menduduki tangga ke-7 makanan terbaik dunia. Hebatlah! Lepas ni, kalau ada kawan dari luar negara datang, boleh ajak mereka cuba salah satu makanan terbaik dari negara kita yang sudah terkenal di dunia ni. Satu pinggan tak cukup!

6) Hamburger, Jerman

Lapar lah, beli burger jom! Mesti anda sudah biasa dengar kan. Hidangan yang satu ini sangat popular. Boleh dikatakan hampir di semua negara kita akan menjumpai gerai menjual burger. Tetapi hamburger atau burger keju yang paling sedap dikatakan dari Jerman kerana berada dalam tangga-6 makanan terbaik di dunia.

5) Peking duck, China

Peking duck atau itik panggang dari China ini menduduki tangga-5 makanan terbaik di dunia. Salutan pada bahagian luar kulitnya adalah dikatakan resipi rahsia yang dipanggang secara perlahan di dalam ketuhar. Itik panggang akan disajikan dengan sayur-sayuran yang dicincang, dimakan bersama sos manis. Pernah cuba ke?

4) Sushi, Japan

Sushi, hidangan yang tak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan makanan khas dari Jepun yang popular dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Pelbagai jenis sushi diperbuat daripada inti dan topping yang berbeza boleh didapati mengikut selera anda. Mesti ada penggemar sushi kan di sini? Makanan kegemaran anda ini sudah tersenarai di tangga ke-4 sebagai makanan terbaik di dunia.

3) Coklat, Mexico

Kalau sebut sahaja coklat, mesti dah terbayang kemanisannya yang boleh membangiktkan mood ceria anda. Menjadi pilihan ramai sebagai makanan kegemaran, coklat dari Mexico ini tersenarai sebagai makanan terbaik dunia di tangga ke-3. Hebat bukan!

2) Pizza Neapolitan, Itali

Dikatakan pizza Neapolitan hanya pizza yang ringkas dengan menggunakan beberapa bahan seperti doh, tomato, minyak zaitun, garam dan daun herba, tetapi keenakkannya terbukti apabila berjaya berada di tangga kedua makanan terbaik di dunia. Nak kena cuba sendiri!

1) Kari Massaman, Thailand

Makanan dari Thailand ini nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai sehingga dinobatkan sebagai ‘raja’ makanan terbaik di dunia. Menduduki tangga teratas, kari massaman dengan rasa pedas, kelapa, manis dan herba dimakan bersama nasi. Ada yang pernah rasa ke kari nie? Pendek kata, segala makanan lazat boleh dijumpai di hampir semua sudut jalan di Thailand, betul tak?

Sumber : CNN Travel

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.