Siakap Keli

”Ingat Malaysia Baharu Ni Tak Gila Jawatan”, Respon Khairy Jamaluddin Susulan Pelantikan Menteri Dalam Jawatan Universiti

”Ingat Malaysia baharu ni tak gila jawatan?”, begitulah respon yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin hari ini setelah Menteri Pendidikan Y.B. Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) semalam.

Beliau yang mempersoalkan mengenai perlantikan Dr. Maszlee di ruangan Twitter miliknya itu juga memberi pendapat supaya menteri itu menolak pelantikan tersebut kerana banyak lagi tugas yang perlu dilakukan sebagai seorang Menteri Pendidikan.

Berita itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen mengapa seorang menteri memegang jawatan di universiti dan bagaimana pula tanggungjawab Dr. Maszlee sebagai menteri pendidikan? Apa pula pendapat anda? Adakah ia  merupakan satu keputusan yang positif dan boleh diterima?

Sumber : Twitter Khairykj

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.