Siakap Keli

Pengecualian Cukai Perkhidmatan Ke Atas Kad Prabayar

Kementerian Kewangan hari ini mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara  Malaysia.

Menterinya Lim Guan Eng berkata ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.

Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi  mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu.

BACA: Hari Pertama SST, Jumlah Kredit Pengguna Talian Prabayar (Topup) Ditolak 6%
BACA: “Saya Akan Keluarkan Arahan Pembeli Kad Prabayar Diberikan Kredit Sebanyak RM10 Juga Tanpa Potongan,” – Lim Guan Eng

Sumber: BERNAMA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)