Siakap Keli

Remaja Dipercayai Penggal Kepalanya Sendiri Gara-Gara Kalah Permainan Video

Polis Rusia ketika ini sedang menyiasat satu dakwaan seorang remaja memenggal kepalanya sendiri akibat kalah ketika bermain satu permainan video komputer.

Kematian Pavel Matveev, 15, disiasat sebagai kes bunuh diri selepas mayatnya tanpa kepala ditemui di perkampungan Mogochino, wilayah Tomsk.

Menurut laporan saksi, mereka melihat Pavel memasuki hutan dan membawa mesin gergaji yang dipercayai digunakan untuk memenggal kepalanya sendiri.

Laporan media tempatan menyebut bahawa mangsa mengalami ketagihan teruk terhadap permainan video komputer yang dibelikan oleh ibunya. Namun tidak dapat disahkan jenis permainan video komputer tersebut.

Media yang sama turut melaporkan Pavel akan menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya dengan duduk mengadap komputer untuk bermain permainan video.

Pihak berkuasa Rusia sebelum ini pernah berhadapan dengan satu gerakkan berbahaya yang cuba memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang ketagih permainan video untuk membunuh diri, namun pihak berkuasa gagal mencari kaitan antara tragedi yang menimpa Pavel dengan gerakkan kumpulan ini.

Sesetengah ‘kumpulan kematian’ ini yang dikenali sebagai Blue Whale, didakwa berupaya untuk mencuci otak kanak-kanak dengan memberi arahan kepada pemain-pemain video melalui media sosial (50 langkah), antaranya termasuklah mencederakan diri sendiri sehinggalah cubaan bunuh diri.

Surat khabar penyiasatan Rusia, Novaya Gazeta sebelum ini pernah melaporkan terdapat lebih daripa 130 kes kematian kanak-kanak di Rusia diantara 2015 sehingga 2016 adalah ahli satu kumpulan permainan di atas talian.

Menurut Ketua Anti-Jenayah Komputer Rusia, Majer Jeneral Alexey Moshkov, pihaknya berkesan sebanyak 1,33p kumpulan permainan bunuh diri atas talian pada tahun 2017 sahaja, dengan jumlah keseluruhan ahli seramai 12 orang dan perkongsian aktif sebanyak 200,000 kali.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di