Siakap Keli

‘Trend’ Isteri Tuntut Cerai Alasan Suami Sakit, Bawa ‘Bakal Suami’ Teman Ke Mahkamah Makin Menjadi-jadi

Cerai adalah perkara harus yang dibenci oleh Allah swt dan ia juga adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan setelah buntu mencari jalan penyelesaian. Jenis-jenis utama perceraian di bawah hukum syarak adalah perceraian talak, khul’ taklik dan fasakh. Peruntukan-peruntukan bagi perceraian di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 adalah terkandung dalam seksyen 47 (talak), 49 (khul’), 50 (taklik) dan 52 (fasakh). Walaupun suami mempunyai hak perceraian talak, isteri pula berhak menuntut perceraian di Mahkamah sama ada melalui khul’ atau taklik atau fasakh, mengikut mana yang berkenaan dengan hal keadaan kesnya.

Perkongsian melalui Facebook milik Nur Abda menceritakan pengalamannya yang sering berhadapan dengan tuntutan penceraian daripada isteri atas asbab suami sakit dan sebagainya.  Apa yang menarik perhatian adalah, trend tuntutan cerai tersebut melibatkan ‘orang ketiga.’ Bukankah sepatutnya bagi tujuan pendaftaran kes, pemohon samada suami atau isteri sahaja yang perlu hadir ke Mahkamah? Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.


Ramai betul isteri datang ke Mahkamah nak tuntut cerai atas alasan suami sakit.Tak mampu bagi nafkah zahir batin. Time nak bercerai, bawak ‘BAKAL suami’ ke Mahkamah, mintak temankan.

Dah selesai kes, gesa mahkamah nak dapatkan perintah secepat mungkin. Dah dapat perintah mahkamah, laju ke pejabat agama, nak daftarkan cerai.

Lepastu gesa pejabat agama pulak, suruh cepat-cepat keluarkan sijil cerai. Nak nikah lain katanya. Duk gesa-gesa sana sini, tempoh eddah campak mana?

Yang lagi best, setiap kali berurusan, bawak ‘BAKAL suami’ teman sama. Kebanyakan isteri sekarang dah hilang malu.Dah tak peduli halal haram. Agama cuma dalam IC.

Adik, kakak, makcik. Nak cerai, cerailah.Walaupun Islam tak galakkan, islam juga tak larang.Suami tak mampu bagi nafkah zahir atau batin, tu pun dah boleh jadi syarat untuk tuntut cerai.

TAPI janganlah jadikan ketidakmampuan nafkah tu sebagai alasan utama kalau KITA sebenarnya PUNCA pada semua alasan tu.

Suami sakit, kita main cinta dengan lelaki lain.Rasa ‘lega sangat’ dapat luah sana sini.Yg lelaki pulak, tunggu masa nak ngap.Jadi stok geli-geli kata orang.Langsung tak rasa berdosa ke?

Ayah pernah ajar saya satu syair arab.Lebih kurang macam ni bunyinya :

لا تظلمنَّ إذا ما كنت مقتدراً # فالظلم مصدره يفدي إلى الندمِ
تنام عيناك والمظلوم منتبه # وعين الله لم تنمِ

‘Jangan kamu zalimi orang apabila kamu ada kuasa.
Sesungguhnya kezaliman itu, sandaran (kesudahannya) adalah menyesal.
Tidur kedua mata kamu (wahai orang2 yang zalim).
Dan orang yang dizalimi akan sentiasa ingat (tak henti berdoa kepada Allah).
Dan mata Allah TIDAK PERNAH TIDUR’.

*Semoga Allah mengurniakan pahala ilmu yang bermanfaat pada Allahyarham ayahanda saya, Ust Haji Bakhtiar bin Mohd Yusof*

Ambil pengajaran:

via GIPHY

Jangan ‘zalimi’ suami/ambil kesempatan pada suami atas musibah yang menimpa keatasnya. Suami mungkin tak mampu bela diri saat kamu ‘melondehkan’ dirinya di hadapan Hakim tapi percayalah, kamu juga tidak akan dapat membela diri saat Allah ‘melondehkan’ keburukan kamu di mahkamah Allah nanti.

Kenapa saya suka bawa isu orang perempuan? Kerana keburukan orang lelaki sudah sering kita dengar sedangkan keburukan orang perempuan juga sebenarnya sudah setanding dengan lelaki walaupun disorokkan dalam guni.

Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemutus hukum.Dan ingatlah, Allah itu TIDAK PERNAH tidur. Pesan emak saya, jangan sibuk berskandal sana sini. Heboh dek orang tu hensem, orang ni kaya. ‘Yang hensem, yang kaya tu tak dapek (dapat) tolong awak dalam kubur esok do’.

Deep sigh.Muhasabah. #Cheat on a good husband and sunnatullah will make sure u end up with the ‘rubbish’ u deserve.

Sekian,

Zulaikha Bakhtiar,
Isteri.

Sumber: Nur Abda Tihani

Nur Farra