Siakap Keli

(Video) “Mengidam Sangat-Sangat Nak Naik Bas,” Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

Apa permintaan isteri korang paling pelik pernah dia minta masa dia mengandung? Sebelum ni ada yang sampai minta nak naik kapal UFO. Aduh, manalah suami nak pergi cari UFO. Kalau tak tertunai nanti kesian pula isteri dengan bayi dalam perut.

Sampai ke hati si suami nak kecewakan permintaan isteri? Mengidam merupakan salah satu pengalaman biasa dialami wanita hamil dimana keinginan mereka yang sangat tinggi terhadap ‘sesuatu’ tak kira makanan atau benda ketika mengandung.

Ada yang nak makan nasi berlauk sabun dan paling ngeri, ada yang nak rasa macam mana kena tembak. Ish, pelik sangat ni.

Terbaru, perkongsian ibu hamil ini mendapat perhatian netizen kerana permintaannya yang lucu.  Ibu comel ini teringin nak naik bas ketika sedang sarat mengandung.  Video yang dirakam suami ini terpancar kegembiraan di wajah isteri bila dapat naik bas ekspres. Seronok sangat.  Tapi katanya ada lagi satu permintaan akhir buat suami, nak tengok sekatan jalan raya pula katanya.  Ha, macam mana tu Encik suami?

Yeahhhhhh betapa bahagianya macam xpernah langsung naik bus sepanjang 24 tahun ni..

Dari 2 bulan lepas nak naik bus akhirnyaaa hari ni saat2 tinggal batery 2% sebelum meletop dapat jugak naik busssss…

Ya Allah syokkk tu tak terkata sampai nak nangis bila bus tu stop..

Mekaseh terutamanya suami Adli Rohaizan, sebab paham, buat Pak deni driver bus mekaseh sgt sanggup berdiri sebab tempat duduk full dek kerana nak bg mak labuuu ni lepas tringin. A.ka. mengidam naik bus…

And last permintaan, sgt2 teringin nak tengok rodblock.

#simpansinibuatkenangan
#jenismengidampelik2

Susulan status yang dimuat naik sebelum ini mendapat perhatian netizen, hari ini Puan Puteri berkongsi pengalaman pelik sepanjang kehamilannya.  Janganlah korang kecam ibu mengandung ni, lain orang lain teringinnya.  Kita doakan semoga Allah swt mudahkan urusan bersalin Puan Puteri tak lama lagi ya.

Selamat pagi semua..
Semoga urusan kita semua dipermudahkan yea..
Dimurahkan rezeki dan diberkati.. 
Aamin..

Ehh buka facebook ramai pulak yg tag pasal viral “mengidam”/ “teringin”… 

Adoiii.. Confiuse kak wawa pasal “mengidam/teringin” tu.. Syukur yang mana mendoakan, hahaha Anak kak wawa bakal jd pilot, tokey company bus, driver bus, pegawai JPJ, Polis, dan mcm2 la.. Alhamdullillah kak Wawa Aamin semua kata2 dan doa2 kalian yg baik buat kak wawa.. Terima kasih sgt2 yea.. Terhibur kak wawa sambil2 kemas rumah pagi ni..

Pasal ade yang cakap kak wawa terlalu ikutkan hati nak macam2 teringin/mengidam nak naik bus, and lps tu nak tgk rodblock… Ha jomm kak wawa nk story sikit bg korang hadam supaya xkecam and cakap sesuke je.. Hahahaha

Okey, mula2 kak wawa cnfiuse bila setiap pagi dan setiap malam sebelum tido kak wawa buka google dan tengok gambar lembu yang yg tompok2 hitam tu, lepas tgk air mata laju je keluar.. Kak wawa save byk2 dlm phone setiap kali tgk taw, orang lain save gambar baby comel2 tp kak wawa save gambar lembu tompok2 hitam tu..korang rase..?? Sebulan pendam rase taw menangis je sesorang… Korang rase tu ikut hawa nafsu ke..??  time tu bawak perut 6 bulan lebih tapi nak dijadikan rezeki, Alhamdullillah dapat tgk sekor lembu kat kg tompok2 hitam putih… Punya syokkkkk, Subhanalllah, bahagia mcm mana sorang perempuan dpt gelang emas coco tu taw… Fuhh lege satu bab..

2 minggu lepaas tu, mcm biasa lah dia dh start panas enjin buka youtube tp bukan tgk lembu dah taw, tengok video JPJ buat rodblock..hahaha sebelum tido suami usap perut “Anak abah suka tgk video rodblock?”.. Kebetulan depan kedai suami ade buat rodblock selama 3 hari berturut pada waktu malam… Kak wawa cakap kat suami “nak tgk rodblock depan kedai abg tu boleh?” korang tahu kak wawa duduk dr start rodblock sampai hbs rodblock, tak percaya..? Tanye suami kak wawa Adli Rohaizanperut 7 bulan kot duduk bawah pokok sbb nak tgk rodblock, xjadi suami kak wawa nak buat keje2 dia ahahhaa hampir dua jam, kak wawa dah start kene bising2 dgn suami.. Yela dia marah sebab xelok kan bawak perut duduk bawah pokok malam2 sbb nak tgk rodblock.. Macam tu la selama 3 hari kak wawa akan tunggu JPJ buat rodblock utk tgk.. Balik rumah kak wawa tido lena xde nak bangun malam belasah nasi 2 3 pinggan…

Okey, 2 3 hari lepas tu, akai baru timbul ajak suami ronda malam2 kat pekan grik lalu depan busten…. Alasannya jom.mkn roti canai mamak mlm ni.. mata aku sibuk je cari bus yang dah nak jalan tu, emosi dah start dah time ni… Aduhhhh kak wawa plg ego bab air mata tapi disebabkan benda2 mcm ni fuhhhh laju je air mata mcm hati bdk darjah 1 kene jentik telinga taw…??  setelah Dua bulan lebih nangis sorang2 sebab dah start obses nak tgk bus dan naik bus tu… Ya Allah bila bus lalu sebelah time dlm kereta @ duduk atas moto kak wawa dah start sedih2…tersedu2 kot uiiiii kalah bdk2 dah… Time ni kak wawa tak boleh control dah tringin nak naik bus tu Allahuakbar, dah cakap bukan2 kat suami nak balik rumah mak kat peneng naik bus sendiri la kalau abg xbawak… 

Yela kak wawa makin sarat, tak kan nak biarkan kak wawa naik bus sendiri..?? Ok malam tu jgk suami kak wawa call driver bus yg pernah dia naik dulu ke kelantan.. Ntah mcm mana deal punya deal, suami cakap okey esk abg izinkan naik bus tapi dekat saja dr perah sampai kari salim kepala ikan… Ya Alllah, seronok mcm Kau baru lepas akad nikah taw tido awal malam tu… Setgh jam bus xsampai lagi kak wawa dah tercongok kat perah tu tgu bus… Bila bus yg kak wawa nak naik tu sampai je utk stop rehat dan makan..

Kak wawa dah mcm cacing jap2 tanye suami bila bus tu naknjalan, setiap 2 minit kot tanye, adeiii suami kak wawa layannnn je… paham kot dua bulan bini dia pendam rasa… Okey siap je driver tu makan dia panggil aku utk naik bus sebab dah nak jalan… Fuhhhhh hati kak wawa time tu uiiiiii xboleh nk cakap bahagianyaaaaa.. Dalam bus pakcik driver tu gelakkk je siap ajak lg jom ke peneng la terus kebetulan bus tu dr kelantan ke peneng.. Kak wawa cakap xpelah dah janji dgn suami sampai depan kari kepala ikan salim tu je.. Dah la time tu full katanya tempat duduk.. Kesian pakcik driver tu berdiri sbb nk bg kak wawa duduk.. Lepas je bus tu stop, fulamakkkkk berbunga hati sebab puasss dpt naik jgk bus akhirnya…

And now,pasal rodblock kak wawa obses sampai skrg..bila dah lama xnmpk JPJ buat rodblock kak wawa plk yg Susah hati.. Tapi syukur alhamdullillah bg yg mendoakan, bg yg kecam lantak korang la… Wait your turn bawak perut nanti okey. Tak payah acah2 suci dan bajet cool sebab kak wawa pun bukan jns mengada2 and nak tu nak ni bagai before ni… Selagi tak memudaratkan kak wawa masih waras utk berfikir mana yg baik dan x, walaupun 360 darjah bertukar jadi bdk2 kejap

Okey sekian, doakan kak wawa yang menungggu hari utk lahirkan zuriat pertama kak wawa dan suami..

Sumber: Puteri Nazwa

Nur Farra