Siakap Keli

PM Umum Pendirian Kerajaan Berkaitan Hukuman Sebat – “Amatlah penting kita menunjukkan bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum berat yang mengaibkan orang”

Putrajaya, 6 September – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pendirian dan pendapat kerajaan mengenai hukuman sebat yang dijalankan kepada dua wanita kerana melakukan hubungan sejenis.

Perkara itu diumumkan menerusi satu video yang dimuat naik menerusi akaun Youtube Chedet Official menerusi satu video yang bertajuk “Pendirian Kerajaan Berkaitan Hukuman Sebat”.

“Kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama islam. Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya (terus) melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara,” ujar beliau dalam video berkenaan.

“Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa kalaupun ada kes-kes semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

“Amatlah penting kita menunjukkan bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum berat yang mengaibkan orang.” kata beliau lagi.

Tonton kenyataan penuh di video dibawah:

salor30

Programmer. Musician. #YOLO