Siakap Keli

Huawei Nova 3, Dilengkapi Dengan 4 Kamera Artificial Intelligence (AI), Rekaan Seksi, Pegurusan Bateri Yang Bijak Dan Spesifikasi Tinggi.

Dengan lambakan model telefon pintar di pasaran ketika ini, memang susah untuk buat pilihan terutamanya pada pengguna yang mahukan peranti yang serba boleh.

Jika kita lihat pada tren sejak dua tahun lepas, peranti kelas pertengahan semakin menempat di hati pengguna kerana ianya dipasarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Semenjak tahun lepas kita juga dapat lihat semakin banyak fon kelas pertengahan ditambahbaik dari segi spesifikasi dan kamera seperti contoh model seperti Huawei Nova 2i, yang dijual seperti pisang goreng panas. Mana tidaknya, dengan berbekalkan tetapan Quad Camera, dua kamera utama dan dua kamera selfie, pada harga RM1,200, kejayaan model ini tidak mengejutkan.

Memperkenalkan Huawei Nova 3, sebuah peranti yang saya boleh katakan lengkap dengan resepi sebuah telefon pintar yang hebat. Okay, dengar macam cliché kan? Biar saya terangkan satu persatu.

#Rekaan Gradient Tona Warna Yang Seksi

Semenjak Huawei P20 Pro edisi Twilight dipersembahkan kepada umum, Huawei mengambil pendekatan yang sama untuk model Nova 3 dan Nova 3i dengan memperagakan rekaan tona warna ke-ungguan dan ke-biruan pada bahagian panel belakang. Siapa sangka telefon pintar boleh menjadi sebegini seksi. Merecek.

#4 Kamera Dengan Bantuan Artificial Intelligence (AI)

Seperti Huawei Nova 2i tahun lepas, Nova 3 dan Nova 3i turut menampilkan tetapan 4 kamera, tetapi Huawei menambah fungsi AI di kedua-dua kamera utama dan selfie.

Pada anda yang masih belum mengetahui tentang ciri AI, ianya merupakan satu teknologi yang dipelopori oleh Huawei melalui cip pemprosesan Kirin 970 yang dilengkapi dengan NPU (Neural Processing Unit) terbina di dalam.

Melalui bantuan, setiap gambar yang diambil akan diperbaiki oleh AI. Seperti contoh gambar daun pokok akan dinaikkan saturasi warna untuk menghasilkan warna yang lebih pekat.

Melalui keupayaan AI scene & object recognition, ianya juga dapat mengenalpasti lebih daripada 200 objek dan senario termasuklah permandangan pantai, langit biru dan banyak lagi. Maka anda dah tak perlu susah payah menyunting dan melaraskan warna selepas gambar diambil, foto sempurna dengan hanya 1 klik!

Pada kamera utama, peranti ini hadir dengan lensa 16MP, f/1.8 dan 24MP, f/1.8 bersama pentabila imej elektronik manakala 24MP dan 2MP untuk kamera selfie.

#Kamera Selfie Dengan Bantuan AI

Salah satu kekuatan siri Nova sebelum ini adalah peranti yang mengetengahkan keupayaan kamera selfie yang hebat. Huawei nampaknya masih lagi mengekalkan identiti dan kehebatan siri Nova dengan menawarkan kamera selfie berkembar.

Sensor pertama 24MP yang digunakan juga adalah sama seperti apa yang ditawarkan oleh siri Huawei P20, tetapi yang lebih menakjubkan apabila Huawei meletakkan sensor ke-dua (2MP) untuk efek BOKEH.

Seperti biasa, anda boleh melaraskan sendiri efek kabur di latarbelakang subjek mengikut kesesuaian dan citarasa anda.

#Hasil Gambar BOKEH Yang Menakjubkan

Lensa kedua 24MP monokrom pada kamera utama digunakan untuk membezakan subjek dan latar belakang dalam menghasilkan gambar bokeh yang lebih tajam dan kemas.

#Spesifikasi Tinggi

Satu perkara yang mengejutkan tentang Nova 3 adalah apabila Huawei menjadikannya peranti pertama dalam barisan Nova untuk memiliki cip pemprosesan kelas atasan, Kirin 970. Ini bermakna Huawei Nova 3 ini memiliki kuasa tinggi seperti siri Mate 10 dan P20 tetapi dipasarkan pada harga kelas pertengahan.

Ia dibantu dengan RAM sebesar 6GB yang dapat memastikan proses operasi peranti dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Peranti ini juga menerima kemaskini GPU Turbo bagi memberikan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan terutamanya permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Lagend.

Bila bercakap tentang smartphone gaming, paling penting adalah keupayaan cip pemprosesan memastikan tiada frame drop yang ketara dan tiada lagging ketika bermain game. Nova 3 sememangnya mampu menggalas tugasan dengan baik walaupun pada tetapan grafik paling tinggi.

#Ruang Penyimpanan Besar

 Tak cukup dengan kuasa kuda cip pemprosesan Kirin 970, Huawei tidak kedekut dari segi ruang penyimpanan dengan memberikan storan dalaman sebanyak 128GB!

xAnda juga boleh menambah lagi storan melalui slot kad SD jika 128GB masih tak mencukupi terutamanya pada anda yang kaki selfie. Dengan ruang storan yang besar, anda tak perlu lagi risau untuk simpan gambar dan video yang dilihat semakin besar saiz file-nya saban tahun.

#Nova 3i Sebagai Alternatif

Jika anda masih tidak cukup bajet untuk memiliki Nova 3, Huawei turut mengehtengahkan satu lagi model adik kembarnya, Huawei Nova 3i. Berbeza dengan abangnya, Nova 3i dilengkapi dengan cip pemprosesan kelas pertengahan baru dari Huawei iaitu Kirin 710. Selain daripada rekabentuk yang sama, Nova 3i turut memberikan prestasi yang hampir sama berbanding Nova 3.

Ianya turut dilengkapi dengan fungsi AI versi software, walaupun Kirin 710 tidak memiliki NPU terbina di dalam seperti Kirin 970.

Disamping kamera utama berkembar 16MP f/2.2 dan 2MP, Huawei Nova 3i juga turut dilengkapi dengan kamera selfie berkembar 24MPf/2.0 dan 2MP.

Sebenarnya tak banyak peranti yang hadir ke pasaran dengan kamera selfie berkembar, maka ianya boleh saya katakana satu nilai tambah yang jarang disediakan oleh pengeluar fon lain. Yang paling penting, dua sensor kamera adalah lebih berguna berbanding satu lebih-lebih lagi untuk penghasilan imej bokeh.

Pada saya Huawei Nova 3i merupakan peranti yang sesuai untuk golongan muda dan pelajar, terutamanya golongan wanita, kerana kamera selfienya. Malah, dengan AI Power Management,  pengurusan bateri adalah lebih cekap dalam memastikan anda dapat menjalankan tugasan harian tanpa gangguan.

Walaupun ianya alternatif bajet kepada Nova 3, Nova 3i turut mengekalkan storan dalaman sebesar 128GB! Pada harga sebegini, mana nak dapat ruang storan sebesar ni.

#Pengurusan Bateri Yang Lebih Bijak

Bateri adalah satu elemen penting untuk telefon pintar. Diibaratkan sebagai nyawa, kalau bateri taka da, apa gunanya telefon kan?

Dengan teknologi AI mereka, Huawei turut menggunakan kesempatan ini untuk mengetengahkan ciri Smart Power Saving dimana peranti ini dapat menguruskan penggunaan bateri dengan lebih efisyen untuk memastikan peranti dapat kekal dengan lebih lama dan selamat.

Bermakna anda tak perlu lagi usung kehulu-kehilir powerbank. Tak perlu lagi menepek dekat plug. Ciri Smart Power Saving akan memastikan peranti ini dapat hidup panjang seharian.

Secara keseluruhan, pada harga RM1,899 Huawei Nova 3 ini boleh saya katakan kurang sesuai diletakkan pada kelas pertengahan. Setidak-tidaknya Huawei boleh klasifikasikannya sebagai peranti flagship tetapi pada takuk harga mampu milik. Kualiti kamera yang baik, menggunakan cip keluaran Kirin tercanggih yang ada di pasaran ketika ini dan beberapa fungsi premium yang lain cukup membuktikan peranti ini patut berada di golongan peranti premium.

Manakala Huawei Nova 3i pula dengan harga RM1,249 menjadikannya peranti alternatif bajet terbaik kepada Nova 3 yang memiliki segala-galanya yang anda perlukan dari telefon pintar.





Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think