Siakap Keli

Lahir Dalam Kereta, Kembar Tiga Diberi Nama Avanza

Seorang lelaki menamakan anak kembarnya Avanza sempena kelahirkan mereka dalam sebuah kereta Avanza miliknya, 27 Ogos lalu.

Bayi perempuan kembar tiga itu pada awalnya dijangka akan lahir pada 22 September tetapi ibunya, Mumun Muafiyah berasa sakit berterusan sebelum dihantar ke hospital.

“Bagaimanapun, “Tapi dia berterusan sakit sejak jam 6 pagi. Saya yang sedang berada di rumah memanggil saudara untuk menghantarnya ke hospital menggunakan kereta Avanza miliknya,” jelas Azri Prihatna ketika dihubungi oleh media tempatan, Kompas.com.

Prihatna dan isterinya yang ditemani tiga saudaranya berencana mahu melahirkan di RS Cilegon yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari rumah mereka.

Namun, hajat mereka tidak kesampaian apabila Muafiyah sudah tidak tahan sakit dan mengambil keputusan untuk singgah di mana-mana klinik berdekatan.

Belum sempat sampai ke destinasi, Muafiyah dikatakan telahpun selamat melahirkan anak sulungnya di dalam kereta dengan dibantu saudaranya.

“Baru jalan mungkin lima kilometer, isteri saya mengeluh sakit dan sudah ada yang nak keluar. Dibantu saudara saya, dia melahirkan anak pertama. Kami terus cari klinik terdekat,” katanya.

Anak pertama mereka lahir pada pukul 7.35 pagi dan selang lima minit kemudian bayi kedua dan ketiga lahir sekaligus menjadikan mereka ibu bapa kepada tiga anak perempuan kembar.

Kelahiran anak yang ketiga membuatkan pasangan suami isteri ini terkejut kerana menurut Prihatna, imbasan yang selama ini mereka lakukan hanya menunjukkan dua bayi.

“Selama ini imbasan hanya menunjukkan kembar dua. Terus lihat ada tak yang keempat, tak ada kembar empat. Jadi yang ketiga ini adalah satu kejutan,” ujarnya.

Ketiga-tiga bayi itu masing-masing dinamakan dengan nama Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza dan Nazrina Khaula Avanza bersempena kelahiran mereka yang disambut di dalam kereta Avanza.

“Nama adalah doa, saya lihat maksud Avanza bagus juga. Bererti maju, peningkatan. Harap-harap mereka membesar dengan sihat, cerdas dan terus memberi kebaikan kepada semua,” akhirnya.

Sumber- Kompas.com

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar