Siakap Keli

”Lebih Baik Buat Filem Lucah, Mungkin Itu Rakyat Malaysia Mahu,” Nam Ron Merajuk Filem Tak Dapat Sambutan?

Mungkin ramai yang tidak tahu, pelakon handalan tanah air, Nam Ron sebenarnya mempunyai buah tangan baru, berupa filem untuk dipersembahkan kepada penonton di seluruh negara.

Filem yang diberi tajuk, ‘One Two Jaga’ yang membariskan pelakon-pelakon hebat lagi bergaya antaranya Bront Palarae dan Beto Kusyairi selain Nam Ron sendiri. Untuk pengetahuan anda, filem tersebut sebenarnya sudah pun mula ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air hari ini.

Mana-mana pengarah pun pasti akan berasa gembira apabila filem arahan mereka akhirnya mendapat peluang untuk ditayangkan, sepatutnya termasuklah Nam Ron apatah lagi filem tersebut sudah diperam sekian lama, dengan idea asal untuk menghasilkan filem tersebut timbul sejak 2014 lagi.

Namun, tidak bagi Nam Ron, melalui beberapa siri tweet di Twitter, berbanding berkongsi rasa gembira, Nam Ron sebaliknya meluahkan rasa kecewanya dengan sambutan penonton, yang dirasakan jauh berbeza dengan komen-komen yang diberikan sebelum ini.

Bahkan, Nam Ron turut ‘berazam’ untuk menghasilkan filem lucah selepas ini kerana merasakan genre filem itu yang dimahukan penonton.

”Kalau belek dekat media sosial banyak yang cakap sokong, sudah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi di panggung kosong tak ada orang.

”Baru saya sedar saya terpedaya dengan kata-kata manis. Tak apa lepas ni saya buat filem ‘porn’ pulak mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu,” katanya.

Nam Ron turut berkongsi bahawa tujuan dia menghasilkan filem adalah kerana mahu mengajak penonton menonton filem tersebut di pawagam, bukan disebabkan mahu mendapatkan pujian atau sebarang anugerah

Disebabkan itu katanya, dia menghasilkan filem yang tidak terlalu berat supaya dapat ditonton segenap lapisan masyarakat, termasuklah mereka yang masih dibangku sekolah.

”Jika saya dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat semata-mata nak kongsi cerita saya tapi orang ramai masih tak terpanggil ke panggung, saya tak tahu apa lagi yang orang ramai mahu dari saya. Mungkin porn atau blue film yangg mereka harapkan dari saya,” katanya lagi.

Luahan hati yang dimuat naik oleh Nam Ron itu nyata difahami oleh rata-rata netizen yang turut meninggalkan komen di tweet tersebut.

”Sebenarnya betul lah tu, tadi waktu nak booking tengok kosong. Padahal tayang lagi 1 jam. Bila tengok cerita lain yang tayang waktu sama, ramai pula orang. Jadi betullah rakyat Malaysia tahu kritik waktu tak ada, tapi bila keluar tak sokong pun,” kata pemilik akaun Ami Zainil.

Bagaimanapun ada juga netizen berpendapat bahawa pawagam ‘kosong’ itu mungkin disebabkan orang ramai keluar bekerja dan menunggu hujung minggu untuk berhibur.

”Rileks la bang. Hari ni orang semua keje. Saya ada 2 3 member pun nak tengok jugak. Tunggulah weekend. Tambah lagi cuti Isnin Selasa. Jangan disappointed dulu,” kata pemilik akaun Sarihan14021981.

One Two Jaga merupakan sebuah filem yang mengangkat tema polis ‘jahat’ yang terlibat dalam beberapa kes jenayah antara amalan rasuah dan juga salah guna kuasa.

Sumber : Twitter Nam Ron

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.