Siakap Keli

Membantu Wanita Menjaga Maruah Dan Berkelakuan Baik, Aceh Larang Lelaki Dan Perempuan Bukan Muhrim Makan Bersama

BANDA ACEH: Sebuah daerah terletak di wilayah Islam Aceh, Indonesia mengeluarkan peraturan terbaharu, melarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim daripada makan bersama kecuali mereka mempunyai ikatan perkahwinan atau adik-beradik.

Menurut salah seorang pegawai disitu, ianya dilaksanakan bertujuan untuk membantu wanita untuk ‘berkelakuan lebih baik’.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah meskipun mengundang pelbagai kritikan pada masa lalu berikutan meletakkan sekatan moral terhadap golongan wanita.

Rantau di negara majoriti Islam ini juga menerima kecaman antarabangsa apabila melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai bagi mereka yang didapati bersalah melakukan pelbagai kesalahan termasuk homoseksual, berjudi dan minum arak.

Berdasarkan peraturan terbaru tersebut, wanita di daerah Bireuen di pulau Sumatera dilarang berkongsi meja makan dengan lelaki di restoran dan kedai kopi kecuali mereka ditemani suami atau saudara lelaki terdekat.

Pekerja yang sedang keluar pada waktu rehat juga dilarang berkongsi meja makan antara lelaki dan perempuan.

“Objektifnya ialah melindungi maruah wanita supaya mereka merasa lebih selesa, selamat, berkelakuan baik dan tidak akan melakukan apa saja yang melanggar syariah,” jelas ketua agensi syariah tempatan, Jufliwan kepada media tempatan.

Selain itu, pada 5 Ogos lalu, ketua daerah telah menandatangani sebuah lagi arahan yang menegaskan bahawa  wanita yang bersendirian atau tidak bersama keluarga seharusnya tidak dilayan di restoran dan kafe selepas jam 9 malam.

Ujar pihak berkuasa,  terpulang kepada pemilik restoran menguatkuasakan peraturan itu, walaupun pesalah tidak akan dihukum.

Terdahulu,  ibu kota wilayah ini melarang wanita tidak ditemani daripada memasuki premis hiburan seperti kafe dan dewan sukan selepas jam 11 malam.

Sumber- IDN Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar