Siakap Keli

”Menangis Kami Tengok Abah Tarik Kereta Rosak Guna Tali Dalam Panas Terik”, Hadiah Dari Anak-Anak Ini Buat Ramai Sebak

Jasa dan pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak tidak dapat dibalas dengan wang ringgit hingga ke akhir hayat. Tugas sebagai seorang anak adalah membahagiakan mereka semampu mungkin kerana mereka lah jambatan untuk kita ke syurga.

Perkongsian oleh Yanie Tawil melalui laman facebooknya ini ternyata membuatkan ramai netizen mengalirkan air mata. Bukan datang dari keluarga yang senang, tapi mereka sembilan beradik sanggup berkongsi untuk menghadiahkan abah sebuah kereta.

kenape timbul nye “rancangan” untuk hadiahkan abah kereta?

ini la salah satu sebab nye.. bile kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan di sebab kan satu2 nye kereta yg dia ade ni rosak.. kami sebagai anak2 yg sepatut nye ade untuk menolong dia dalam keadaan mcm ni tak dapat membantu di sebabkan masing2 sedang bekerja.. tetapi alhamdulillah dalam mase yg same, kakak ade pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali.. dan tali tu di ikat kat kereta kakak..

kakak share gmbr abah dlm group wssap keadaan abah masa tu.. ya allah, rase macam nk menangis bile tengok gmbr abah time tu.. dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang2.. dlm hati ni terdetik “mane tanggungjawab aku sebagai seorang anak” yg sepatut nye tolong dia keadaan dia memerlukan mcm ni? alhamdulillah kereta tu selamat di tarik sampai ke rumah.. dan kereta tu di repair oleh abg dan adik lelaki..

Sejak kejadian tu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah “kereta” ni untuk kemudahan dia bergerak..

kami 9 orang adik beradik bukan dari org yg senang, yg dah kawin atau yg belum kawin.. masing2 ade tanggungjawab sendiri.. dan kami sama2 berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ni.. yeaayy! semua sepakat nak carikan abah kereta..

Adik bagi pendapat.. alang2 nk carikan kereta, biar la baru.. sekurang kurang nye dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta tu nnti rosak.. dan timbul la cadangan untuk beli kereta baru terus..

Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ni di beli secara ansuran.. ye la, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik beradik semua pun beli kereta secara ansuran.. dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ni secara ansuran beramai2 selama 5-9 tahun..

Kami 9 adik beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun2.. dari di bandingan dengan pengorbanan yg abah buat untuk membesarkan kami 9 adik beradik dari lahir sampai la kami besar dan menjadi org yg berguna sampai ke harini.. alhamdulillah..

ade jgk orang membawang, bercakap “bnyak duit adik beradik ko yer belikan abah kereta baru”?? tapi hakikat nye kami ambik mase berbulan2 untuk kumpul kan duit deposit untuk keluarkan kereta ini..

kami adik beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ni.. adik yg sorang uruskan hal loan bank, yg sorang uruskan kutipan duit deposit (ambik mase 2 bulan untuk kutip deposit) dan yg lain pun siap2 di bahagikan untuk uruskan yg lain..

Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik.. allah permudahkan urusan proses loan bank ini.. dan kereta ni dapat di keluarkan dengan cepat..

nak tau tak ape perasaan abah bile kiteorg suprise kan kereta ni!! hahahhaha comel jee tengok abah ni.. asyik cakap yg ni “MIMPI KE?” “BETUL KE?” sbb abah tak percaya langsung yg dia dpt kereta tu.. sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu tu.. kalau lock terbuka, abah bukan “MIMPI” tau.. emak yg berdiri kat sebelah abah, menangis2 sbb mak pun tak sangka yg anak2 dia boleh hadiahkan kereta ni untuk abah..

Bile dah nampak emak menangis, ape lagi.. yg anak2 lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak.. ya allah, mase tu.. perasaan ni hanya allah je yg tau.. terima kasih yg allah.. berikan kami kebahagian yg tak terhingga macam ni.. walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya “KEBAHAGIAN”..

https://www.facebook.com/yanie.tawil/videos/pcb.1176664839153416/1176722362480997/?type=3&theater

Allah sebaik baik perancang.. ape yg telah emak abah kehilangan sebelum ni (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke 2 aritu).. skrg allah ganti kan dengan yg lebih baik..

alhamdulillah.. terima kasih abg2, kakak dan adik2 semua atas rezeki yg kita ada dan kite kongsikan bersama untuk kite berikan kepada emak abah kita. alhamdulillah

hakikat nye.. taip status ni sambil meleleh air mata.. tapi acah-acah kuat.

Sumber : Yanie Tawil

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.