Siakap Keli

Minta Pemandu Kurangkan Suhu Pendingin Hawa, Penumpang Buta Dihalau Turun Dari Uber

SAO PAULO: Hanya kerana berang selepas penumpangnya meminta untuk mengurangkan suhu pendingin hawa keretanya, seorang pemandu Uber tergamak meninggalkan penumpangnya yang buta itu di tepi jalan, minggu lalu.

Dalam insiden yang mencetuskan kemarahan ramai orang berikutan ianya berkaitan dengan keselamatan penumpang itu, wanita yang bernama Nathalia Santos, 26, mengatakan bahawa dia diminta turun  pemandu itu memarahinya kerana membuat permintaan itu.

Wanita yang berasal dari Rio de Janeiro itu mengendalikan satu saluran popular di YouTube sebagai wanita buta.

Menurut Santos, dia tidak tahu dimana lokasi dia diusir turun selain turut bingung mengenai cara untuk pulang dari situ pada waktu itu.

“Pemandu itu memberhentikan kereta, menjerit marah kepada saya serta menyatakan bahawa menjadi buta adalah hukuman ke atas saya,” tulisnya di Instagram mengenai kejadian yang berlaku Khamis lalu.

Kejadian yang menimpa Santos ini menimbulkan kerisauan mengenai bentuk latihan dan latar belakang pemandunya khususnya layanan mereka terhadap  penumpang kurang upaya.

Susulan daripada itu, Uber  mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu tersebut telah diharamkan bekerja untuk syarikat itu,

“Uber memutuskan bahawa kelakuab sebegini ini tidak boleh diterima. Kami kesal dengan kejadian ini dan sudah memaklumkannya kepada pemandu,” menurut kenyataan syarikat itu.

Sumber- Reuters

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar