Siakap Keli

(Video) Cemas, Lelaki Tahan Sakit, Alat Sulit Disengat Ikan Pari

Seorang lelaki yang sedang menikmati percutian hujung minggu di pantai sebuah resort di Hainan, China, terpaksa menanggung kesakitan apabila seekor ikan pari menyegat kemaluannya ketika dia sedang berenang.

Dalam video yang viral di media sosial  negara itu, lelaki yang tidak bernasib baik itu dilihat meniarap di atas pasir sambil menahan kesakitan bersama dengan seekor ikan pari di sebelahnya.

Kejadian itu bermula apabila mangsa sedang berenang di lautan dan secara tiba-tiba ekor ikan pari itu termasuk ke dalam seluarnya lalu menyengat bahagian kemaluannya dan terperangkap di situ.

Orang ramai yang datang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi bomba dan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian.

Mangsa yang berada dalam kesakitan terus dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, ikan pari bukanlah haiwan yang berbahaya. Walau bagaimanapun, apabila ia merasakan dirinya terancam, ikan pari akan menggunakan ekornya yang mengandungi bisa untuk mempertahankan diri.
Terdapat beberapa kes kematian akibat disengat ikan pari, seperti yang berlaku pada Steve Irwin tetapi ia sangat jarang berlaku.

Sumber : shanghaiist

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.