Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) ”Tiba-Tiba Mengaku Anak Saya Ni Anak Dia”, Detik Cemas Seorang Ibu Anak Cuba ‘Dilarikan’ Di Stesen MRT

Kes penculikkan anak kecil bukanlah satu perkara asing dalam masyarakat hari ini. Acap kali apabila berlaku kes penculikkan, akhbar-akhbar tempatan turut tidka ketinggalan untuk melaporkan kejadian yang berkenaan. Paling kerap kita dengar adalah kes penculikkan pelajar sekolah melibatkan penggunaan van putih.

Kesan kehilangan anak, sudah tentulah pada kedua-dua ibu bapanya. Yealah, anak yang dikandung selama 9 bulan, dibawa kemana sahaja pergi, dibesar dan diberi makan, diberi didikan dan tiba-tiba hilang sekelip mata. Boleh jadi gila.

Macam kisah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Suhada Rahman ini, yang bercerita detik-detik mencemaskan yang perlu dilaluinya apabila dihampiri seorang wanita yang tidak dikenali. Apa yang menakutkan bila wanita itu mendakwa anak kecil Puan Nurul yang bernama Fayyad, sebagai anaknya.

Gambar Hiasan

Puan Nurul juga turut berkongsi bagaimana bersungguh-sungguhnya wanita itu mendakwa Fayyad sebagai anaknya dengan menunjukkan pelbagai bukti seperti baju dan botol susu. Mujurlah, dengan bantuan anggota polis bantuan, Fayyad tidak diapa-apakan oleh wanita yang tidak dikenali tersebut.

Walaupun tidak dapat disahkan niat sebenar wanita itu, sama ada daripada sindiket penculikkan atau memang benar-benar kehilangan anak, namun kisah Puan Nurul seperti yang dikongsikan di bawah, wajar diambil pengajaran oleh ibu bapa di luar sana.

KEDEKUT KAN ANAK DARI ORANG, SANGAT RELEVEN PADA MASA KINI

Sebelum ni mama baca je kes anak orang kena culik, anak sakit, virus, pelbagai sindiket dan sebagainya. Tapi hari ni, bila kena dekat batang hidung sendiri. Allahuakbar. Sedih sangat. Menangis tau risau jadi apa apa dekat anak kesayangan ni.

Oleh kerana ramai nau yang pm/dm untuk tau full story macam mana kejadiannye, maka disini, Mama Fayyad cerita kan kisah trauma mama hari ini.

RABU | 5 SEPT 2018 | 2.30pm | KL SENTRAL

Oh! Sebelum apa apa, Mama sebenarnya saja nak naik keretapi ni, sekian lama dah tak naik dari ngandung lagi teringin nak jalan naik keretapi. Bila ade Fayyad ni, lagi excited la nak naik tu sebab ade teman penghibur sekali dan ade jugak kakak sepupu, Chot Chotin (Chott) ikut sama bawak anak kecik jugak adik sepupu lelaki pun ade (Zamarul).

Noted : (perkara ini dirancang sama sekali kami sekadar hantar Pak Usu ke stesen keretapi jerr mula-mula. Lama lama jadi terlangkah sekali naik keretapi sebab tu kami gah berpakaian sekadar seluar trek dan tshirt saja. Mama lagi lah pakej tudung sarung jer yang penting yakin diri jer kan)

Berbekalkan sebotol susu dan sekeping pampers Fayyad, dah buat mama rasa on.

Okay, cerita nya macam ni. Ade sorang perempuan berbangsa Cina ikut kami sepanjang perjalanan naik turun escalator kat KL Sentral. Asyik pandang Fayyad je. Mama x perasan langsong Amoi ni ikut sebenarnye. Kakak sepupu (chott) dan adik sepupu (Zamarul) yang perasan tapi tak bagi tau pun, takut salah sangka pulak. Lepas makan kat food court Stesen KL Sentral tu, kami turun ke tingkat bawah guna tangga biasa.

Start sini Amoi dah ikut dah. Kami berjalan seperti biasa sambil mama bubbling main-main dengan Fayyad. Dari tangga tingkat atas nak ke tempat laluan ke MRT tu, tup-tup Amoi ni tahan dan tegur mama dulu.

“You, Stop! Where u want to go? And who are you?”

Time ni mama macam hahh?? Apahal tiba-tiba tanya dan tak pikir negative langsung. Mama so peramah dan jawab jela. Then die start tanya dalam keadaan nak marah.

“Who this baby?”

Time ni Chott dah start tarik tangan mama dan ajak jauh dari Amoi ni. 1st, ingat maybe die nak pukau kot sebab dia berpusing nak bercakap bertentang mata dengan mama masa Chott ni halang. Mama cakap la,

“My son!”

Then Amoi ni react like tangan die tengah menggigil yang geram dan muka die tak tau nak cakap macam mana masa tu. That time jugak Chott tarik mama dan kami lari sepanjang perjalanan laluan nak ke MRT counter. Sepanjang larian tu la Amoi ni kejar dengan bawak beg balik kampung dia, sambil jerit-jerit.

“Hey, Stop!” .. “You! you!” .. “Stop!”

Kami je tau macam mana kami bukak langkah larian tu dalam keadaan terkejut dengan tindakan Amoi tu sebelum naik esculator nak ke MRT, ade abang polis bantuan kat situ. Kami berlari ke abang tu, then cerita hal tadi. Tak dan nak cerita sampai habis, Amoi ni start nak tarik Fayyad n cakap Fayyad Anak die.

And mama gila terlejut la Amoi cakap anak dia hilang dan Fayyad anak dia. Terkedu weyh time tu dalam keadaan tengah struggle pertahankan Fayyad dari disentuh Amoi tu. Amoi tu tak habis-habis cakap Fayyad anak die yang hilang dan Fayyad anak Cina.

Abang polis ni suruh mama keluarkan bukti yakni MyKid Fayyad. Masa mama nak keluarkan MyKid tu dalam beg sandang, mama past lah Fayyad dekat Cousin kecik (Zamarul) untuk pegang Fayyad sementara abang polis blok Amoi tu dari buat apa apa. Then Amoi ni menjerit marah sebab kononnya mama bagi baby dia pada budak kecik untuk pegang kejap. Amoi kata mama tak de otak! Mama dah start takut sangat dan nak menangis time ni.

Abang polis tu tunjuk kat Amoi tu MyKid Fayyad , pengesahan yang Fayyad anak Melayu dan bukan anak dia yang hilang. Amoi ni tak puas hati, tetap jerit saiko kata tu anak dia yang hilang. Actually memang die tunjuk MyKid anak die pun. Tapi tak dan nak baca bebetul MyKid tu sebab gigih sangat protect Fayyad. Amoi ni tanya macam-macam. Fayyad berapa bulan, gigi berapa batang, tapi tanya dalam keadaan saiko. Mata terbeliak-liak bila bertanya. Takutt sangat.

Tak habis dekat situ, dia keluarkan puting baby dari beg yang die bawak. Dia tunjuk-tunjuk goyang-goyang puting tu depan mama n Fayyad. Dia tanya kenal tak puting tu dalam keadaan saiko tadi la. Mama jawab tak kenal dan anak saya tak hisap puting. Dia try hard tunjuk depan Fayyad lebih dekat, tapi Chott blok kami dan abang polis tarik dia. Abang polis pun tak boleh nak handle Amoi ni. Then abang polis panggil kawan dia lagi sorang. Kawan dia tanya-tanya tapi Amoi still cakap,

“Thats my baby!”.

Sebenarnya semua conversation Amoi ni in English tau. Mama paham dan boleh respon balik tapi dalam keadaan mama sendiri takut menggigil anak kita dipertaruhkan, mana mungkin mama boleh protect sengsorang. Saya suruh abang polis tu suruh Amoi tu tunjuk gambar anak dia yang hilang tu. Sebab nak tengok betul sama ke dengan muka Fayyad. Tapi abang polis ni tak berapa pandai nak speaking dan dia dalam keadaan di saiko Amoi ni sebab Amoi ni tunjuk perasaan dengan campak beg balik kampung dia kat kaki polis ni.

Bila geng abang polis ni dah sampai, Amoi ni still react saiko dengan soalan-soalan barang-barang baby bagai dan menjerit kata Fayyad anak dia. Banyak kali dia cuba nak sentuh / tarik Fayyad. Alhamdulillah, Chott, Zamarul dan abang polis try hard halang. Lagi di halang, lagi dia menjerit cakap Fayyad anak dia yang hilang. Tak tau la Amoi ni memang sakit ke, sindiket, atau betul anak dia hilang. Mama pun tak dapat bayangkan apa jadi bila anak kita sendiri hilang, boleh hilang pertimbangan juga.

Time ni Fayyad dah start takut tengok mama cuba elak dari setiap langkah Amoi ni mendekat Fayyad pun menjerit bising baby baby. Bukan nye kita paham bahasa baby Amoi ni terus melenting tunjuk jari kat Fayyad dalam keadaan marah dan cakap,

“See! see!”

Amoi tu marah abang Polis tu. Dia suruh tengok reaksi Fayyad yang tak selesa dengan orang asing ni. Segigihnye dia membuktikan yg Fayyad bukan anak mama.

So, bila geng abang Polis sampai. Tak dapat jugak nak cool down kan Amoi tu. Abang polis tu suruh kami lari pergi naik train cepat! Dan masa tu mama punya lutut tersangat lah longgar nak berlari sambil dukong Fayyad, galas beg kat belakang, sesambil nak tengok toleh belakang takut-takut Amoi ni kejar lagi atau tak dan terlepas ke apa ke macam-macam lah bermain kat otak masa tu.

Dari 1st naik esculator yang tinggi nak ke MRT tu, kami lari dalam ketakutan dan Amoi tu tersangat lah gigih nak rempuh road block abang polis tu  dan sambil menjerit Fayyad anak dia mama rasa jauh sangat kami berlari. Turun naik esculator dengan larian ketakutan. Cepat-cepat tekan mesin nak beli coin dengan mengah nye. Sampai la kami sesambil tunggu train pada landasan yang betul pun menyorok nyorok dekat bawah esculator sebab terlalu takut. Bila train sampai, kami terus masuk dan duduk dekat tempat orang ramai. Lega rasanya waktu train dah bergerak.

Sebenarnya, kami sangat kecewa sepanjang larian dalam ketakutan kami tu, takde sorang pun orang yang nak tolong atau pun tanya kenapa atau apa pun lah.. takde! Kami harungi dengan kekuatan dalam ketakutan kami sendiri je sampai la jumpa abang polis tu. Terima kasih abang polis.

Dalam train mama gigil-gigil, ketak lutut, trauma sangat. Menyesal sangat pergi tanpa lelaki dewasa yang boleh protect kami. Serik dah mama.

Alhamdulillah, Mama dan cousin selamat sampai dalam keadaan masih trauma. Pertama kali dalam hidup terjadi kat diri sendiri. Mama sertakan video pendek yang sempat dirakamkan oleh adik sepupu mama. Ianya dalam keadaan takut kantoi gambar Amoi tu pun disertakan sekali.

Sepanjang malam mama pikir. Hal ni sindiket ke apa ye. Risau kalau ade yang terkena nanti kalau benar ini sindiket. Takuttt!! Sesiapa yang pernah jumpa Amoi ni atau kenal atau pernah terkena macam ni ke. Please share. Risau kena kat orang lain pulak. Kalau betul Amoi ni sakit atau anak dia betul-betul hilang sampai dia hilang pertimbangan macam tu. Please inform jugak Mama akan delete post ni.

Terima kasih buat kalian yang sungguh prihatin dm/pm/whatsapp tak henti dok tanya full story nye macam mana. Mama story kat sini yer.

Mama sedang belajar untuk KEDEKUTKAN ANAK DARI ORANG sekarang ni. Siapa tak sayang anakk oiiiiii.

Pengajaran sangat buat mama. Lepas ni kena berhati-hati sungguh. Kena ade protector bila keluar. Tak boleh jadi peramah sangat sampai tak kena situasi. Jangan bagi orang sentuh / pegang anak kita sesuka hati. Apatah lagi tetiba mintak nak dokong anak, Omgg!! Taknakk pikir lahh kalau terbagi dokong Fayyad tadi.

Dan please, jadi lah rakyat umum yang Prihatin. Kesian kami tadi orang ramai dok tengok jerr. Takde sorang pun yang hulurkan bantuan, tanya kami kenapa ke apa.

Mintak maaf sangat kalau post ni ade silap nye kat mana mana. Semoga jadi pengajaran buat kalian jugak. Mama serikkk!!

Sumber : Nurul Suhada II

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.