Siakap Keli
Kansai Airport

(Video)Taufan Jebi Ragut 7 Nyawa, Jejaskan Berjuta-Juta Lagi Penduduk Jepun

Taufan Jebi, taufan paling kuat pernah melanda barat Jepun dalam tempoh 25 tahun pada 4 September, sehingga kini dilaporkan telah meragut 7 nyawa dan mencederakan beratus-ratus lagi.

Kesan taufan dahsyat tersebut dapat dilihat dengan banyak bumbung-bunbung bangunan tercabut, lori terbalik dan menghanyutkan kapal-kapal laut yang sedang berlabuh, dan turut menyebabkan Lapangan Terbang Kansai dinaiki air. Jambatan menuju ke lapangan terbang tersebut turut dilaporkan mengalami kerosakkan.

Lapangan Terbang Kansai dibina di atas sebuah pulau buatan.

Kerosakkan pada jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan lapangan itu menyebabkan kira-kira 3000 orang terperangkap, mengikut laporan media antarabangsa.

Pihak berkuasa ketika ini dilaporkan sedang membuat memeriksa tahap keselamatan jambatan tersebut, bagaimanapun sehingga kini tiada pengesahan dikeluarkan melibatkan kerja-kerja membawa keluar penumpang yang terperangkap melalui jambatan tersebut.

Kansai Airport

Rakaman video yang tular sebelum ini menunjukkan ombak besar membadai wilayah barat Jepun, termasuklah Lapangan Terbang Kansai memaksa kesemua penerbangan keluar dan masuk dibatalkan. Pihak berkuasa lapangan turut memaklumkan berlaku gangguan kuasa dan sekaligus mengganggu jadual penerbangan di seluruh negara.

Semalam, Taufan Jebi tiba di wilayah Jepun sekitar tengah hari dengan kelajuan angin mencecah 216 kilometer sejam. Taufan yang bergerak laju itu merentasi tanah besar Jepun sebelum menuju ke laut daripada Ishikawa, tengah Jepun pada malamnya.

Kansai Airport

Portal berita tempatan, Kyodo dan Jiji, kedua-duanya melaporkan Taufan Jebi sehingga kini sudah meragut 7 nyawa. Antara yang terkorban termasuklah seorang warga emas berusia 71 tahun selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat dibadai angin yang kuat. Manakala, stesen televisyen tempatan, NHK melaporkan seramai 164 orang cedera dalam bencana tersebut.

Pihak berkuasa Jepun sebelum ini mengeluarkan arahan untuk memindahkan hampir sejuta penduduk daripada kawasan bencana, namun media antarabangsa melaporkan sekitar 2.3 juta penduduk terjejas dengan kebanyakkan rumah terputus bekalan elektrik.

Kansai Airport

Perdana Menteri, Shinzo Abe turut dilapor mengarahkan orang awam segera berpindah sekiranya diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa. Ketika ini, Jepun sedang berjaga-jaga dengan bencana selepas taufan seperti kejadian tanah runtuh, banjir, angin kuat, peningkatan paras laut, kejadian kilat dan puting beliung.

Beberapa bulan yang lalu, Jepun turut dilanda bencana banjir dan tanah runtuh yang menyaksikan beratus-ratus terkorban sebelum dilanda kejadian cuaca panas melampau.

Sumber : Channel News Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.