Siakap Keli

1.4 Billion Penduduk Dunia Berisiko Untuk Mati Awal Kerana Gaya Hidup Tak Sihat

Lebih daripada suku penduduk dewasa dunia, atau sekitar 1.4 bilion manusia berisiko untuk mati awal gara-gara amalan gaya hidup yang tidak sihat termasukalah kurang bersenam serta terdedah kepada penyakit berbahaya seperti serangan jantung, kencing manis, dementia dan kanser, berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

WHO turut menganggarkan setiap seorang daripada tiga orang wanita dan seorang lelaki daripada empat lelaki di seluruh dunia tidak mengamalkan aktiviti fizikal seperti yang disarankan pertubuhan tersebut. WHO menyarankan orang awam sekurang-kurangnya mengamalkan aktiviti senaman ringan selama 150 minit atau regim senaman penuh selama 75 minit seminggu.

Kajian WHO juga mendapati bahawa tidak berlaku sebarang perubahan terhadap amalan aktiviti fizikal penduduk dunia keseluruhannya sejak tahun 2001 lagi. Kuwait menjadi negara yang rakyatnya paling kurang bersenam pada tahun 2016, diikuti Amerika Samoa, Arab Saudi dan Iraq dimana lebih daripada separuh penduduk dewasa gagal mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik.

Secara perbandingan, sekitar 40 peratus penduduk dewasa di Amerika Syarikat, 36 peratus di Britain dan 14 peratus di China hanya melakukan sedikit sahaja senaman untuk kekal sihat.

Businessman has Heart Attack

WHO turut menyebut bahawa kekurangan aktiviti fizikal turut menjadi punca kepada peningkatan kes kematian pramatang. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal juga menyebabkan berlaku peningkatan kes penyakit penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, darah tinggi, kencing manis serta stres.

Selain itu, WHO juga mendapati bahawa statistik rendah pengamalan aktiviti risiko lebih banyak dicatat oleh penduduk dalam kalangan negara maju berbanding negara-negara miskin. Data ini disokong dengan fakta bahawa penduduk-penduduk di negara yang lebih maju kurang perlu bersusah payah untuk bekerja dan mempunyai jaringan pengangkutan yang lebih baik, sekali gus tidak perlu bergantung terlalu banyak pada penggunaan fizikal.

WHO juga mencadangkan agak semua kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat masing-masing.

Kajian yang dilakukan oleh WHO ini diterbitkan di dalam The Lancet Global Health journal.

Sumber : Straits Times Singapore

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.