Siakap Keli

Aceh Dapat Kecaman Global Haramkan Lelaki Perempuan Duduk Semeja Di Kedai Makan

Sebuah daerah di wilayah Aceh telah mengharamkan lelaki dan wanita daripada duduk berdua-duaan bersama kecuali jika mereka sudah berkahwin bertujuan menjaga dan melindungi maruah wanita.

Dibawah peraturan baru ini, wanita di daerah Bireuen di pulau Sumatra tidak boleh berkongsi meja dengan lelaki di dalam restoran atau kedai makan kecuali pertemuan itu disertai suami ataupun saudara lelaki dekat.

“Objektifnya adalah untuk melindungi maruah wanita supaya mereka berasa lebih selesa, lebih berperilaku dan tak melakukan sebarang tindakan yang melanggar syariah (hukum Islam),” kata ketua kawasan tersebut.

Selain melarang lelaki dan wanita duduk semeja, satu arahan turut dikeluarkan pada 5 Ogos lalu dimana, wanita tak dibenarkan untuk keluar makan di restoran selepas jam 9 malam.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa arahan ini tertakluk kepada restoran terbabit walaupun pesalah tak akan dikenakan sebarang denda.

3 tahun lalu, Aceh mengharamkan mana-mana wanita yang tidak berteman ke tempat hiburan seperti kafe dan pusat rekreasi selepas pukul 11 malam.

Pada 2013 pula, bandar Lhokseumawe di Sumtra telah mengeluarkan arahan untuk wanita perlu duduk di atas pelana motor secara sisi sahaja dengan kaki mereka menggantung ke sebelah bahagian.

Datuk Bandar pada masa itu berkata, wanita seperti mengangkang duduk diatas motorsikal adalah tidak wajar.

Walau bagaimanapun, kesemua peraturan yang dibuat negara ini telah mencetus kontroversi global yang mana rata-rata mempersoalkan undang-undang negara Islam ini.

Sumber: Channel NewsAsia

Nur Farra