Siakap Keli

”Boikot Produk Malaysia” Netizen Selar Kenyataan Pelakon Hollywood Mengenai Isu Sebat Syariah

Isu sebatan syariah yang dikenakan ke atas dua pasangan kekasih sesama jantina sebenarnya bukan setakat dibicarakan dalam negara sahaja. Kalau di Malaysia, semua peringkat tidak kiralah apa pun jawatannya, dikedai kopi atau dewan mesyuarat, orang biasa mahupun ahli politik ternama, semuanya dilihat mahu memberi pandangan masing-masing. Walhal, kes itu hanya berlaku di Terengganu dan pesalah sendiri tidakpun membuat rayuan dan sudah mengaku bersalah.

Tetapi, yang tak seronoknya apabila orang luar yang tiada kena mengena dengan urusan dalaman kita, dilihat cuba campur tangan dan memberi tekanan kepada pentadbir-pentadbir tempatan supaya mengkaji semula hukuman tersebut. Kenyataan-kenyataan serupa turut dikeluarkan oleh pertubuhan hak asasi manusia luar yang menggelarkannya sebagai hari yang menyedihkan buat Malaysia.

Ini termasuklah satu tweet yang dimuat naik oleh seorang seleberiti Hollywood ternama, Dirk Blocker yang mengajak orang ramai untuk memboikot produk daripada Malaysia sehinggalah kerajaan mengahapuskan hukuman sebat syariah.

”Boikot produk buatan Malaysia sehingga kerajaan di sanan berhenti menzalimi orang awam yang hanya mahu menjalani kehidupan mereka,” kata Dirk melalui tweet tersebut.

Bagaimanapun tweet tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati netizen, terutamanya daripada Malaysia yang merasakan Dirk terlebih dahulu menyelesaikan masalah yang berlaku di negaranya, berbanding mencampuri urusan negara lain.

”Saya jarang berhujah seperti ini, tetapi saya rasa kamu patut masalah tembak pelajar di sekolah yang ada di negara kamu terlebih dahulu,= sebelum cuba mengajar kami mengenai moral versi kamu. 

”Kami dengan cara kami dan kamu dengan cara kamu. Kita boleh berdebat siapa yang terbaik, tetapi masing-masing mempunyai cara tersendiri. Sama seperti negara, demokrasi,” kata netizen akaun Fadhli.

Seorang lagi netizen berpendapat Dirk sepatutnta membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan keadaan sebenar yang berlaku.

”Saya fikir, berlaku salah faham di sini. Kamu patut bertanya dahulu sebelum bersuara. Apa pun, negara kamu turut mempunyai masalah yang sama. Kamu patut mengecam negara kamu terlebih dahulu,” kata seorang lagi netizen dengan nama Bekher Ginsos.

Seorang lagi netizen turut menyindir tweet yang dikongsi oleh Dirk dan memintanya memboikot negaranya sendiri terlebih dahulu.

”Saya cadangkan kamu memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dahulu kerana di sana terdapat 154 kes pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh orang Amerika yang membunuh orang Amerika sendiri. 

”Oh, adakah saya lupa untuk menyebut mengenai aktiviti ketenteraan negara kamu yang menggugurkan jumlah bom yang tak terkira di tanah asing yang membunuh orang awam tidak bersalah?,” kata pemilik akaun Nuril J pula.

Bagaimanpun, terdapat juga beberapa netizen yang turut menyokong kenyataan yang dibuat Dirk. Sesetengahnya pula cuba memberi alasan bahawa hukuman tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri, dimana kerajaan di peringkat persekutuan tidak mempunyai hak untuk campur tangan.

Sumber : Twitter Dirk Blocker

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.