Siakap Keli

Cara Pekebun Ini Dikecam, Kera Ditembak Dan Digantung Untuk Jaga Kebun

Umum tahu kehadiran monyet ini akan menjadi ancaman petani apabila hasil kebun mereka sering kali diganggu dan dirosakkan.  Walaupun pelbagai cara dibuat bertujuan menghalau spesis ini, ianya tetap tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Pekebun antara yang mengalami kerugian paling besar apabila hasil kebun dicuri dan dirosakkan sehingga membuatkan mereka mengambil langkah yang drastik bagi mencegah ‘serangan’ monyet ini.

Tular di laman media sosial baru-baru ini apabila rakaman video seekor bangkai monyet digantung dengan tali dipercayai ditembak kerana mengganggu hasil kebun salah seorang pekebun di Terengganu.

Pun begitu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen.  Rata-rata ada yang mengecam dengan tindakan pekebun terbabit.

 

 

Antara reaksi netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut:

Sumber: Twitter

Nur Farra