Siakap Keli

Ibu Salahkan Permainan PUBG Selepas Anaknya Maut Terjun Dari Tingkat 4

Seorang ibu menyalahkan permainan online popular PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG di atas kematian anak lelakinya yang berusia 13 tahun.

Remaja berkenaan, Xi Tianci, dikatakan melompat dari kediaman bapa saudaranya di tingkat empat sebuah apartment pada tengah malam 31 Ogos lalu di Haimen, China selepas bermain permainan itu.

Mayatnya hanya ditemui selepas enam jam kemudian pada waktu pagi dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

”Permainan video ini menyebabkan kematian anak lelaki saya. Tiada sebab lain lagi.

”Dia terjun dari bangunan untuk melihat sama ada dia mampu terselamat atau tidak seperti watak di dalam permainan PUBG”, dakwa ibu remaja tersebut, Yu Lihua.

Yu juga berkata anak lelakinya itu mempunyai ketagihan permainan video dan dia telah cuba mengawal remaja tersebut dengan merampas komputer miliknya selain enggan membelikan sebarang alat eletronik.

Anaknya disifatkan sebagai seorang yang gembira dan tidak ada sebab untuk membunuh diri.

Tegasnya, mereka dalam rancangan mahu menyaman syarikat yang mencipta permainan tersebut, PUGB Corporation kerana percaya kematian mangsa mempunyai kaitan dengan permainan itu.

Bapa saudara mangsa turut memberitahu media tempatan bahawa pada malam sebelum kejadian mangsa kelihatan biasa dan sempat mengucapkan selamat malam kepadanya sebelum tidur.

Difahamkan, di dalam permainan PUBG, para pemain boleh menjimatkan masa mereka dengan melompat turun dari bangunan dengan selamat.

Walau bagaimanapun, mereka boleh mendapat kecederaan yang teruk dan kehilangan nyawa jika terjun dari tempat yang terlalu tinggi.

Tetapi pemain yang cedera boleh diselamatkan oleh rakan sepasukan jika pertolongan cemas diberikan secara cepat.

Kes masih berada dalam siasatan pihak polis dan polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa dipengaruhi oleh PUBG.

Kes ini bukan yang pertama kali berlaku di China, di mana sebelum ini seorang kanak-kanak lelaki menolak bapanya dari tangga kapal terbang kerana enggan bermain PUBG dengannya. Mujur bapanya hanya patah pergelangan tangan.

Sumber : Daily Mail

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di