Siakap Keli

“ Isteri Aku Merajuk Tak Dapat Makan Durian Sebab Aku Pergi Bayar Bil Elektrik”

“Pak din, cendol pulut dua” teriak Ahmad pada lelaki separuh abad yang sedang sibuk mencuci sudu.

“Haa” jawab Pak Din ringkas. Cendol Pak Din ni takde la sedap mana. Asal cukup buat basah tekak. Tapi warungnya selalu penuh, mungkin orang suka datang sebab dekat situ redup. Banyak pokok. Ahmad alih pandangannya kepada Rahman, rakan sekampungnya yang diam membisu dari tadi.

“Kau ni pahal Man? Muka macam Messi kalah World Cup pahal? Soal Ahmad sambil cuba memberi punchline. Rahman tersengih. Tengah-tengah panas rembang ada orang buat lawak dua bintang macam ni memang mintak kena tinju.

“Bini aku merajuk tak dapat makan durian Ah Seng. Aku singgah tadi gerai dia dah tutup” balas Rahman. Wajahnya kembali runsing.

“Beli jela dekat tempat lain, lepastu kelentong jela cakap kau beli dari Ah Seng. Kan senang.” Ahmad cuba memberi idea.

“ Tak sampai hati nak menipu, dia dah la pregnant anak sulung. Tapi tu la, mengidam nak makan durian Ah Seng je, kedai lain tak mahu. Pening aku.” Rungut Rahman.

“Alahaiii sweet-nya kutu belahak ni. Hahahaha.” Ahmad ketawa seorang diri. Pelik melihat rakan yang dahulunya kaki pukul sekolah, tapi sekarang layu menurut permintaan isteri.

“ Silap aku jugak, pagi tadi masa kedai tengah buka aku sibuk nak bayar bil elektrik. Balik aku singgah, dah tutup.” Keluh Rahman.

“Dekat dua jam aku duk beratur. Masa aku nak bayar bil, masa tu jugak la ramai yang datang, geram pulak aku.” Sambungnya lagi tak puas hati.

Kelepappp. Ahmad tepuk dahi sendiri. Keras bunyinya. “ Deyy, kau hidup zaman bila ni sampai nak beratur bayar bil? Orang bayar online la….”

“Pakai telefon mahal-mahal, jenama Epal lagi, tapi ada kemudahan tak nak guna. Ni dengar ni aku nak ajar guna JomPAY, semua bil kau boleh bayar pakai aplikasi ni.” Nada suaranya kali ini sedikit tegas. Sebagai salah seorang graduan IT, Ahmad cukup pantang kalau teknologi sedia ada tak digunakan sepenuhnya.

“JomPAY? Apa benda tu?” dahi Rahman berkerut. Tak pernah langsung dia tahu pasal JomPAY, yang dia tahu bila bil sampai, pergi beratur untuk buat bayaran.

“Aduh kau ni. JomPAY ni platform pembayaran online. Macam aku cakap tadi, kau boleh bayar semua jenis bil dengan syarat, ada internet ada perbankan mudah alih. Ada 40 buah bank yang kau boleh guna.” Bersungguh-sungguh Ahmad bercerita. Ahmad keluarkan telefon pintar dari poket, disua ke muka Rahman.

“Kau tengok skrin retak pun boleh bayar bil online. Apa barang beratur panjang. Bagi sini bil elektrik kau.” Sindiran Ahmad nampak tak berpenghujung.

“Ada tiga langkah mudah. Pertama cari, kau cari logo JomPAY dekat bil. Tengok Biller Code dia apa…..”jari telunjuk diseret kemas diatas bil elektrik mencari nombor.

“Kedua internet, pastikan ada internet dengan online banking. Masuk dalam aplikasi cari JomPAY. Ketiga bayar, masuk segala maklumat bayaran, Biller Code tu semua. Sappppp. Siap!” kali ini bukan mulut je bergerak, tangan Ahmad sekali dilibas-libas kekiri kekanan, semata-mata nak terangkan dekat Rahman.

“Uiisshhh, serius la. Senang macam tu jeke?” Rahman seakan-akan tak percaya ada kemudahan semudah ABC. Ahmad berpaling menatap wajah teman sepermainannya sambil menetap bibir.

“Ishh kau ni. Aku dah tunjuk depan mata tu. Dagu dah la berlipat, aku uppercut satu kali baru tau….” Ahmad menunjukkan gaya tinju persis Manny Pacquiao.

“Haa lagi satu kau boleh tetapkan Biller Code sebagai Favourite dekat aplikasi bank. Bulan depan nak bayar senang dah” Tambah Ahmad lagi.

“ Eh kejap, bayar pakai online banking biasa boleh kan?” dahi Rahman berkerut mahukan jawapan.

“Boleh, tapi kadang-kadang syarikat yang kau nak bayar bil tu takde dalam senarai yang ditawarkan oleh bank. JomPAY ni bekerjasama dengan lebih 40 buah bank, jadi lagi mudah la pengguna nak buat bayaran” Rahman menggangguk tanda faham.

“Terima kasih mat. Tak sia-sia kau belajar IT.” Bahu Ahmad ditepuk-tepuk sekuat hati.

“Tak payah IT sangat la, bapak aku askar pencen pun tahu guna.” Bibir Rahman mencebik, pedih juga diperli Ahmad.

“Lepas makan cendol ni, kita terus cari durian. Eh cendol kita ni tahun depan ke baru siap?” Ahmad berpaling mencari Pak Din.

Rahman hanya tersenyum melihat gelagat Ahmad. Moodnya kini kembali ceria. Dia tak perlu lagi bersusah payah beratur terkedek-kedek hanya untuk membayar bil.

“Pakai JomPAY ni, bayar bil sambil makan durian pun boleh” Getus hati Rahman.

Itulah dia kisah dua orang rakan disatu petang nan damai. Berdasarkan kisah ini, kita boleh lihat masih ada lagi orang yang mungkin tidak tahu mengenai JomPAY. Selain memudahkan urusan pembayaran bil dan lain-lain, ia memberikan ganjaran hebat kepada penggunanya.

Bagi anda yang menggunakan JomPAY, bermula dari 23 April hingga 30 September 2018 ini, JomPAY ada mengadakan pertandingan yang menyediakan hadiah utama berupa 2 buah kereta Mini John Cooper 3 pintu, hadiah saguhati berupa 4 buah iPhone X 256GB dan hadiah mingguan serta bulanan yang akan diberikan oleh pihak bank.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan yang diadakan JomPAY ini, anda boleh layari pautan berikut – JomPAY Fire This Baby UP.

salor30

Programmer. Musician. #YOLO