Siakap Keli

Pemandu Van Ditahan Selepas Tumbuk Cermin Kereta Wan Azizah Hingga Pecah

Akibat berlakunya kemalangan kecil di antara Toyota Alphard dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri dengan sebuah van, menyebabkan pemandu van tersebut bertindak agresif sehingga menumbuk cermin hadapan kereta Wan Azizah sehingga retak sebelum beredar.

Kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak itu menyebabkan pemandu van tersebut ditahan kerana diklasifikasikan sebagai kes buli jalan raya.

Menurut laporan media, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tak berpuas hati dan menurunkan tingkap sebelum keluar dari kenderaannya dan menumbuk cermin kereta Timbalan Perdana Menteri.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000 dan selepas laporan dibuat, pemandu van terbabit ditahan serta kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Nur Farra