Siakap Keli
<> on October 26, 2017 in Miami, Florida.

Tali Pinggang Keledar Bermasalah Hasilkan Percikan Api Sebabkan Kebakaran, Ford Tarik Semula Dua Juta Trak Pikap Di Amerika Utara

WASHINGTON: Ford Motor Co (FORD) di Amerika Utara memanggil semula kira-kira dua juta trak pikap berikutan terdapat masalah tali pinggang keledar yang dilaporkan boleh menghasilkan percikan api sekaligus mengakibatkan kebakaran.

Menurut syarikat tersebut, mereka menerima 17 laporan membabitkan percikan api dan asap di negara itu dan enam lagi di Kanada, namun tiada sebarang maklumat mengenai kecederaan.

Jelas Ford yang merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Amerika itu, satu peranti yang berfungsi sebagai alat penegang bertujuan mengunci tali pinggang keledar di kedudukan, mampu mengeluarkan cas letupan.

Peranti tersebut juga mampu mengeluarkan percikan api pada kadar berlebihan.

Justeru itu, tu, Ford berkata, mereka akan memperbaiki masalah masalah itu secara percuma dan langkah keselamatan itu akan membabitkan kos AS$140 juta (RM579.6 juta).

Penarikan semula itu membabitkan 1.62 juta kenderaan di Amerika Syarikat; 340,000 (Kanada) dan 37,000 (Mexico) bagi kenderaan model 2015-2018 Ford F-150 Regular Cab dan SuperCrew Cab.

Sumber- CNN

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di