Siakap Keli

TM Benarkan Pelanggan Unifi Sedia Ada Untuk Beralih Ke Pakej Unifi Pro 100Mbps, Perlu Perbaharui Kontrak Selama 2 Tahun

Ditulis oleh: Wiser.my

Semalam kami telah melaporkan bahawa Telekom Malaysia(TM) telah mula menawarkan pelan Unifi Pro 100Mbps dengan harga langganan RM 129 sebulan. Namun, ia telah menimbulkan persoalan bagi mereka yang sedia ada melanggan pakej Unifi sama ada mereka dibenarkan untuk beralih ke pakej baru tersebut atau tidak.

Ia berikutan pelanggan yang melanggan pakej Unifi 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps sedia ada perlu membayar langganan bulanan yang lebih tinggi. Walaupun TM telah menjanjikan akan menaiktaraf pakej Unifi Turbo(peningkatan 10x kelajuan) pada pelan yang lain, ada dikalangan mereka yang menganggap ianya tidak perlu.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, TM telah mengesahkan bahawa pelanggan sedia ada dibenarkan untuk menaik-taraf atau menurun-taraf ke pakej Unifi Pro 100Mbps ini. Akan tetapi, kontrak langganan mereka perlu dilanjutkan untuk 24 bulan lagi.

Jawapan yang diberikan @helpmeunifi kepada soalan salah seorang pelanggannya @ndeetan1 di Twitter

Malah, mereka yang melakukan sedemikian juga akan terlepas daripada menikmati naik-taraf Unifi Turbo yang ditawarkan. Perkara ini turut disahkan oleh pihak TM yang telah kami hubungi sebentar tadi.

Pakej ini dilihat sesuai bagi mereka yang tidak memerlukan kelajuan Unifi Turbo dan mahukan bayaran langganan bulanan yang lebih rendah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh ke TMpoint berhampiran anda.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....