Siakap Keli

Arab Saudi Kenakan Denda 5 Tahun, Denda RM2 Juta Kalau ‘Bahan’ Orang Di Media Sosial

Pendakwa raya SAUDI Arabia mengumumkan negara itu akan menghukum satira dalam talian yang “mengejek” atau “mengganggu akhlak awam” dengan denda dan hukuman penjara kerana ini dilihat menganggu ketenteraman awam.

Pendakwa raya Sheikh Saud bin Abdullah Al-Muajab telah mengumumkan di Twitter satu keputusan baru yang menyekat kebebasan bersuara Saudis.

Jurucakapnya menulis: “Menghasilkan dan mengedarkan kandungan yang mengejek, memprovokasi dan mengganggu ketenteraman awam, nilai keagamaan dan moral awam melalui media sosial akan dianggap sebagai jenayah siber.”

Pejabat pendakwa menambahkan jenayah ini akan dihukum dengan maksimum lima tahun penjara dan denda £ 624,080 (RM2,995,841.59).

Kerajaan telah meneliti media sosial dan internet untuk memantau kandungan yang dikongsi oleh rakyat.  Walaupun mendapat kecaman keras daripada kumpulan hak asasi berikutan isu ini, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman berpendapat, tindakan jenayah siber ini mampu merosakkan ketenteraman awam, mempengaruhi integriti dengan penyertaan intelektual tidak sihat sehingga boleh membawa kepada pemikiran yang sesat.”

Pada September 2017, pihak berkuasa mengeluarkan satu gesaan umum kepada rakyat supaya melaporkan aktiviti media sosial rakan-rakan mereka, di bawah definisi jenayah “pengganas”.

Sumber: Express UK

Nur Farra