Siakap Keli

Munafik 2 Pecah Rekod Lagi, 10 Hari Tayangan Kutip RM30 Juta

Filem seram paling sensasi tahun ini, Munafik 2 terus memecah rekod industri filem tempatan apabila berjaya mengutip RM30 juta dalam jangka masa 10 hari tayangan sahaja. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pengarahnya Syamsul Yusof menerusi laman rasmi Instagram beliau.

Beliau berkata, ini adalah satu fenomena yang luar biasa dan tidak lupa meluahkan rasa syukur kepada Allah serta berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan penuh terhadap filem ini. Filem terbitan Skop Productions dan President Productions ini menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.

Sebelum ini Skop Production tampil dengan filem Munafik pertama yang hanya mengutip RM17.04 juta dan menduduki tempat keempat dalam senarai kutipan tertinggi FINAS (tidak termasuk filem Hantu Kak Limah).

Industri filem negara bagaikan dilanda ‘tsunami’ apabila 2 filem paling dinantikan iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2 ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Sehinggakan peminat filem tempatan mengabaikan filem-filem luar negara yang turut ditayangkan dalam pada masa yang sama.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.