Siakap Keli

Pasangan Ada Orang Lain Dan Minta Putus Tunang? Individu Berhak Tuntut Ganti Rugi – Peguam Syarie

Darah manis, pasti ada saja dugaan yang datang.  Mungkin sebab itulah orang-orang tua dulu kata bertunang jangan lama-lama.  Dalam islam pun bertunang tak wajib, namun kerana adat, kita turutkan.

Tunang adalah satu ikattan janji antara pihak lelaki dengan perempuan sebelum berlakunya akad.  Cincin atau hadiah yang diberikan semasa peminangan menjadi tanda ikatan pertunangan.  Tapi, apa akan jadi kalau ikatan ini tiba-tiba dibatalkan sebelum hari akad nikah?

Apakah hak yang boleh dituntut mengikut bagi individu yang ditinggalkan?

Oleh kerana pertunangan merupakan satu ikatan janji antara kedua-dua pihak, dari aspek perundangan ia merupakan satu kontrak yang mengikat kedua-duanya. Dalam Islam, setiap kontrak yang ditandatangani wajib dipatuhi selagi mengikuti prinsip syariat. Implikasi kontrak ini bukan sahaja ke atas hak sesama manusia, malah kesannya berkait langsung dengan hak Allah SWT.

Gambar Hiasan

Islam memandang serius aspek amanah dan mematuhi setiap perbutiran yang dipersetujui dalam kontrak termasuk dalam hal pertunangan. Bagi mendapatkan pencerahan yang lebih mendalam untuk isu ini, mari kita baca perkongsian Peguam Syarie sendiri, Muhammad Syarafi sendiri.   Semoga bermanfaat.

Ini adalah situasi SEBENAR yang berlaku dan baru sahaja dihadapi oleh salah seorang rakan fotografer dan keizinan telah diperolehi dari empunya badan untuk di upload sebagai PENGAJARAN kepada yang sedang bertunang di luar sana dan menantikan hari perkahwinan kalian menjelang tiba;

lagi beberapa bulan nak berkahwin tiba-tiba dapat satu SMS/Whats app dari client berbunyik “tuan, saya nak cancelkan booking khidmat photography ni, tunang saya dah putuskan pertunangan ni sebab dia dah ada orang lain.”

hah????!! lagi dua tiga bulan nak kahwin tiba-tiba cik tunang nak putuskan tali pertunangan??!! like seriously??!!
Jemputan semua dah diedarkan kut!!
Dewan dah siap tempah,
Photographer dah hire yang paling mahal dan best,
Katering pulak yang paling sedap di alam semesta takkan nak cancel macam tu jer???!!!

Sekiranya berlaku situasi seperti di atas, JANGANLAH anda momokkan mereka dengan ayat-ayat seperti: “sabar ya ada hikmah semua itu berlaku” / “abaikan je anda berhak mendapat yang lebih baik” atau “biarkan dia dengan perampas itu”

YA, betul memang ada hikmah semua tu berlaku TAPI yang lebih utama ialah:

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian BOLEH DITUNTUT MELALUI TINDAKAN DALAM MAHKAMAH.”

via Twitter @ezrinmn

Dah di jelaskan dalam Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005.

Ini adalah contoh yang digunapakai memandangkan penulis adalah merupakan pengamal undang-undang di negeri Pahang dan makcik pakcik bawang boleh rujuk Enakmen yang sama mengikut negeri masing-masing.

Jangan risau, kepada yang diputuskan pertunangan tanpa sebab munasabah, anda adalah di LINDUNGI dibawah UNDANG-UNDANG SYARIAH sedia ada di negara ini.

boleh kemukakan tuntutan GANTI RUGI PERTUNANGAN di mana-mana Mahkamah Syariah dengan SYARAT anda simpan semua BUKTI2 seperti RESIT2 dan lain2 yang berkaitan melalui Peguam Syarie yang dilantik.

ingat HAK anda adalah dijaga!

No matter what, life goes on.

Be prepared for the worst, but hope for the best.

P/S:. kalau rasa nak pahala lebih, klik jer button SHARE tu, tapi kalau rasa nak dosa kering, copy paste jelah without mention owner asal dia. okeh?!

#CelikSyariah
#SyarieCounsel
#MelakaNPahang
#MuhammadSyarafiNPartners

Sumber: Muhammad Syarafi

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.