Siakap Keli

Kantoi, Sempat Lagi Tengok Aksi Lucah Di Telefon Bimbit Sambil Memandu

Seorang pemandu ditahan kerana kesalahan kereta yang tidak mempunyai insurans tetapi ia membawa kepada terbongkarnya perkara yang tak terduga.

Pegawai polis yang menahan kereta yang dipandu di Doncaster itu tidak menyangka ketika itu suspek sebenarnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan.

Pegawai polis mendakwa, suspek sebenarnya sebelum itu memandu sambil menonton aksi lucah di telefon bimbit.

Telefon bimbit itu telah ditempatkan di dashboard dan terpampang pada skrin tayangan video lucah tersebut.

Malahan, pemandu tidak menyangka perbuatannya itu terbongkar akhirnya.

“Mulanya ditahan kerana tidak mempunyai insurans.

“Tetapi, mengejutkan apabila dapati pemandu sedang asyik menonton video lucah,” demikian tweet pegawai polis Selatan Yorkshire berkenaan.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, tak begitu? Nasihat penulis, fokus dalam pemanduan, jangan membahyakan nyawa orang disebabkan kecuaian anda ok.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.