Siakap Keli

(Video)Lampu Merah Menyala Lama Sangat Buat Lelaki Ini Hilang Sabar Dan Munsnahkan Lampu Isyarat

Mungkin tidak sabar kerana terpaksa menunggu terlalu lama lampu isyarat merah bertukar hijau, seorang pemandu kereta di China bertindak memaut dan merosakkan sebuah lampu isyarat. Insiden tersebut berjaya dirakam oleh kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian yang berlaku di Jinshi City itu, lelaki berkenaan yang memandu sebuah kereta sambil ditemani seorang wanita mengakui bertindak demikian kerana ‘mood’ yang tidak baik kerana bertengkar dengan rakannya tersebut.

Pengakuan tersebut dibuat selepas pihak berkuasa berjaya menahannya, dua minggu selepas insiden tersebut berlaku.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Xin, 36, dilihat keluar daripada keretanya dan berlari menuju ke satu lampu isyarat yang berada di tengah satu bulatan jalan. Ketika kejadian itu berlaku, lampu isyarat tersebut masih lagi menunjukkan isyarat merah.

Menurut pihak berkuasa, lampu isyarat merah berkenaan dikatakan mempunyai durasi selama 2 minit, iaitu tidak terlalu lama. Namun tidak bagi Xin, yang merasakan sebaliknya.

Xin kemudian dirakam meninggalkan lampu trafik yang terbalik itu sebelum kembali ke kederaannya dan berlalu pergi.

Xin didapati bersalah melakukan vandalisme terhadap harta benda awam dan ditahn empat hari. Selain ditahn, Xin turut diarahkan membayar denda, mengikut laporan portal berita tempatan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sZaBriO31wo]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.