Siakap Keli

(Video)Wanita Jadi Wira, Kritikal Selepas Lompat Depan Kereta Terbabas Selamatkan Nyawa Kanak-Kanak

Anda mungkin selalu mendengar kisah wira yang berkorban untuk menyelamatkan nyawa ramai manusia, terutamanya di dalam filem-filem dari Hollywood, tapi pernahkah anda menjadi saksi melihat dengan mata sendiri, bagaimana seorang hero, dan ianya seorang wanita, bertindak mempertaruhkan nyawa sendiri menyelamatkan nyawa orang lain. Semuanya berlaku dalam dunia realiti.

Sebenarnya, hidup kita memang dikelilingi dengan bahaya. Entah bila dan dimana, bahaya boleh datang daripada segenap penjuru. Jika anda mangsanya, anda mungkin merasa bersyukur seperti kanak-kanak ini selepas nyaris maut dilanggar sebuah kereta. Namun dia harus bersyukur, nyawanya masih dipanjang kerana tindakkan wanita ini.

Dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku di Connecticut, Amerika Syarikat, kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) menjadi saksi terhadap keberanian luar biasa wanita ini. Ketika kejadian, Santa Jordan sedang melintasi jalan untuk menuju ke sebuah kedai yang terletak di seberang jalan.

Menurut saksi di tempat kejadian, mereka melihat Jordan berlari dengan pantas dan melompat di hadapan sebuah kereta yang terbabas. Ketika itu, seorang kanak-kanak sedang berjalan di kaki lima dimana kenderaan yang terbabas itu tadi sedang menuju ke arahnya.

Walaupun tindakan Jordan tersebut tidak sepenuhnya menyelamatkan nyawa tersebut, kerana kanak-kanak berkenaan turut mengalami kecederaan parah hampir putus kaki, namun sekurang-kurangnya hampir keseluruhan impak pelanggaran tersebut diserap oleh badan Jordan, yang bertindak sebagai dinding diantara kereta yang terbabas dengan kanak-kanak tersebut. Jika tidak, kanak-kanak tersebut mungkin sudah maut dalam kemalangan tersebut.

Menurut laporan portal luar negara, Jordan dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di hospital di negara Uncle Sam tersebut. Sebagai penghargaan, pihak berkuasa tempatan merancang untuk mendirikan sebuah tugus khas untuk Jordan di bandar berkenaan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pBeik0ML2O4]

 

Sumber : Feedy TV.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.