Siakap Keli

Gara-gara Desak Batal Pengharaman Tudung, Imam Ini Dipecat Serta Merta

Gara-gara kelantangan mendesak supaya pengharaman tudung ditarik balik, Fazliddin  Parpiyev imam masjid Omina di Tashkent dipecat oleh Lembaga Muslim Uzbekistan yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.

Menurut satu agensi berita, pada bulan lalu Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev telah mengeluarkan arahan yang melarang pelajar perempuan daripada memakai tudung di sekolah.

Tindakan itu telah menaikkan kemarahan orang isalam dan mencetuskan kritikan di media sosial yang diketuai oleh Fazliddin.

Tetapi pada minggu lalu, Fazliddin, 32, telah memuat naik video di Facebook dengan berkata, walaupun beberapa perubahan dilakukan, orang Islam masih ditekan dengan isu tudung serta janggut.

Oleh itu beliau menggesa Shavkat membantu mengekalkan kebebasan mengikut hati nurani.

Difahamkan, beberapa ulama telah menggesanya supaya menarik balik kenyataan yang dibuat di dalam video tersebut.

“Saya tidak menyesal dengan ucapan saya dalam video itu,” katanya.

Shavkat yang mula berkuasa pada 2016 melonggarkan sekatan terhadap kebebasan beragama dalam sebahagian kempen ekonomi liberal dan perubahan politik di negara itu.

Uzbekistan adalah sebuah negara republik bekas Kesatuan Soviet yang mempunyai 32 juta penduduk, majoritinya beragama Islam.

Bagaimanapun, kerajaannya tidak menamatkan larangan terhadap simbol dan pakaian keagamaan.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di