Siakap Keli

Hati-hati Sewaktu Becuti, Pasangan Ini Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Jam Digital Di Bilik Mereka

Mungkin ramai yang sedang menikmati percutian sekarang berikutan cuti umum yang bersambung. Namun, dalam sibuk menikmati cuti anda walau di mana-mana sekalipun, sila berhati-hati menginap di hotel atau kediaman yang disewa bimbang kes seperti ini berlaku.

Sepasang kekasih mendedahkan pengalaman menakutkan apabila menyedari mereka dirakam secara sembunyi di kediaman yang disewa mereka sewaktu bercuti di Canada baru-baru ini.

Dougie Hamilton, 34, dari Glasgow, Scotland berkata, kediaman yang disewa menerusi Airbnb di Toronto itu terdapat sesuatu yang pelik iaitu jam digital yang diletakkan di sudut rumah itu bersambung dengan satu wayar seperti pengecas telefon.

”Saya menarik pengecas  itu keluar dan melihat terdapat bateri di bahagian belakangnya.

”Saya membuka penutup jam digital di bahagian depan dan dapat melihat secara jelas sebenarnya terdapat kamera yang disembunyikan di dalamnya.

”Saya tak tahu jika pemilik kediaman memerhatikan kami, saya rasa seram dan tak mahu menginap di situ,” kata Dougie.

Tambah pemuda itu, jam kamera berkenaan dihadapkan ke arah ruang tamu dan bilik tidur sekaligus membolehkan pengendalinya menyaksikan segala aktiviti Hamilton dan kekasihnya sepanjang mereka berada di kediaman itu.

Difahamkan, pemilik kediaman itu dikatakan memiliki enam lagi unit Airbnb yang disewakan secara meluas kepada orang ramai dan mempunyai ratusan ‘reviews’ yang dapat meyakinkan ramai.

Hasil aduan yang diterima, pemilik berkenaan kini dibuang serta merta daripada perkhidmatan Airbnb.

“Kami telah menyingkir pemilik tersebut dari platform kami.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami memberi sokongan penuh kepada pengadu,” ujar jurucakap Airbnb, Lindsey Scully.

Katanya lagi, hal ehwal privasi pelanggan merupakan isu yang seiurs dan mereka tidak akan berkompromi mengenai kejadian tersebut.

Pihak polis Toronto turut mengesahkan sedang melakukan siasatan berhubung aduan tersebut.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.