Siakap Keli

Alahan Boleh Bawa Maut? Baca Penerangan Doktor Ini Tentang Gejala Bahaya Yang Mungkin Boleh Berlaku

Alahan terjadi apabila imunisasi badan bertindak terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam keadaan yang biasa dan tidak membahayakan seperti keadaan berdebunga, habuk atau makanan.

Kepekaan ini menyebabkan tindak balas imun yang seterusnya mengakibatkan gejala-gejala dari yang ringan hingga teruk berlaku akibat pendedahan terhadap alergen.

Alergen pula adalah sesuatu yang berupa protein halus dalam bahan-bahan tertentu yang menyebabkan tindak balas alahan.

Meskipun alahan ini sering terjadi di kalangan kita, namun ianya bukanlah sejenis penyakit yang boleh dianggap remeh dan mudah diubati kerana jika tak kena dengan caranya, alahan ini boleh mengancam nyawa.

Jika orang dewasa yang mengalaminya pun tahu betapa peritnya kesan alahan ini apatah lagi anak-anak kecil yang

Oleh itu, mari ikuti penerangan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang gejala alahan yang biasa dan yang berlaku secara tiba-tiba tapi boleh membawa maut.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Percaya atau tidak masalah alahan boleh membawa maut?

Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah berkaitan alahan dan alergi. Selalu selsema, gatal-gatal kulit, mata, telinga, hidung dan bermacam-macam lagi. Untuk yang ada anak-anak, dah tentu masalah ini menjadi suatu perkara yang amat berat untuk kita terima.

Puas dah kita cari rawatan, mana-mana tempat kita dah pergi untuk berubat, namun masalah anak kita masih tidak selesai. Apa masalahnya ini?

Masalah alahan ini berlaku akibat tindak balas sistem imun tubuh kita kepada beberapa faktor allergen. Akibatnya tubuh kita akan mengalami gejala alahan seperti saya sebut tadi.

Beberapa punca biasa menyebabkan simptom ini berlaku perlu dikenalpasti oleh pesakit sendiri dan juga ibu bapa. Kita sebut sebagai ‘allergen’. Ini amat penting bagi memastikan gejala sama tidak berulang lagi.

Walaubagaimanapun, selain daripada gejala yang biasa ditemui, salah satu keadaan berbahaya boleh berlaku kepada pesakit. Jika ini berlaku, maka langkah perlu dan segera perlu dilakukan. Bawa ke hospital!

Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, berlaku sebaik sahaja pendedahan kepada faktor alergen berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan seluruh sistem badan pesakit!

Histamines dan bahan kimia lain dikeluarkan dari pelbagai tisu di seluruh badan, menyebabkan gejala berbahaya seperti:

1. Menyempitkan saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran bernafas

2. Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba

3. Pembengkakan pada kawasan muka, leher atau lidah

4. Mengalami muntah atau cirit-birit

5. Gejala sakit dada dan palpitasi pada jantung.

6. Percakapan pada pesakit yang tidak jelas.

7. Untuk keadaan yang lebih teruk, pesakit boleh hilang kesedaran!

Beberapa risiko meningkatkan kebarangkalian serangan ini berlaku.

1. Pernah alami gejala alahan teruk sebelum ini.

2. Sejarah keluarga yang turut alami perkara sama.

3. Pesakit merupakan pesakit alahan dan asma yang tidak terkawal.

Jika anda atau anak-anak anda mengalami gejala alahan yang luar biasa, jangan biarkan di rumah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor.

Pastikan ahli keluarga dan rakan terdekat tahu bahawa anda merupakan pesakit alahan kepada sesuatu allergen. Apabila berlaku perkara tidak diingini kepada anda, mereka tahu apa perlu dilakukan.

‘Allergic safety rules’ ini amat baik untuk kita baca dan sebarkan. Jaga kebersihan, kerap membasuh tangan, elakkan kongsi makanan dengan mereka yang ada alahan, tahu tanda-tanda serangan alahan dan alergi, beritahu orang sepatutnya sekiranya anda alami alahan.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar