Siakap Keli

Chef Selebriti Popular Dunia ‘Dibahan’ Netizen Keliru Nangka Dengan Durian

Sebelum ini isu rendang crispy menjadi bualan global apabila juri rancangan realiti Masterchef UK berpendapat bahawa rendang yang disediakan peserta dari Malaysia harus bersifat crispy. Susulan isu tersebut, netizen bukan sahaja Malaysia malah negara Asia lain mengecam cadangan juri yang tidak peka akan makanan tradisional tersebut.

Terbaru, chef terkenal dunia, Martha Stewart mengundang kontroversi apabila keliru dengan gambar durian sebagai penghias gambar utama artikel, walhal tajuk artikel berkenaan adalah mengenai buah nangka.

“Here’s Exactly How To Use Jackfruit”

Pun begitu, setelah mendapat kecaman netizen, gambar berkenaan telah diturunkan dan artikel tersebut dibiarkan tanpa penghias gambar.

Kekeliruan gambar dan tajuk artikel yang mengundang kritikan.

Nur Farra