Siakap Keli

“Kalau Tak Pakai ‘Name Tag’, Big Boss Marah” – Syed Saddiq

Syed Saddiq di gelar ‘rock star’ oleh Profesor Annie Koh, Timbalan Presiden Universiti Pentadbiran dan Pembangunan Perniagaan, Singapura ketika menjadi panelis di Forum Terbuka berjudul ‘Asean 4.0 For All’  yang berlangsung di Hanoi.

Pengasas VNG Corporation dari Vietnam, Le Hong Minh turut berseloroh apabila beliau bertanya kepada audiens, siapa yang mahu menjadi seperti Syed Saddiq pada usia 25 tahun?

Syed Saddiq dilihat terhormat kerana sentiasa berpakaian kemas tanpa lupa untuk menyelit tanda nama beliau di baju yang dipakainya.

Syed Saddiq adalah salah seorang Menteri Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa meletakkan lencana nama beliau di mana-mana sahaja.

Beliau dalam satu status Twitter miliknya memberitahu akan dimarahi Tun Mahathir jika tidak memakai tanda nama.

Nur Farra