Siakap Keli

Kasihkan Ibu, Lelaki Maut Selepas Jadikan Badannya Sebagai Perisai Ketika Ibu Cuba Ditikam Perompak

Seorang lelaki berusia 23 tahun di China, maut selepas cedera parah ditikam ketika cubaan melindungi ibunya daripada menjadi mangsa rompakan dalam kejadian yang berlaku di Shijiazhuang, Hebei, 8 September lepas.

Mengikut laporan portal berita tempatan, mangsa, Zhai Jiacheng ketika kejadian keluar menemani ibunya ke sebuah pasar basah di bandar berkenaan sebelum mereka dihampiri oleh penyamun yang bersenjatakan pisau.

Ibunya, Zhai Caofang, seorang peruncit, ketika kejadian membawa wang tunai sekitar 2,000 Yuan (RM 1203) dan menjadi rutin harian ke pasar basah berkenaan untuk membeli stok barangan untuk kedainya.

Portal berita antarabangsa berkenaan juga melaporkan bahawa keluarga Jiacheng bergantung hidup terhadap kedai berkenaan selain turut perlu menyara bapanya yang merupakan orang kelainan upaya. Jiacheng juga meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia 2 tahun.

Keyika di pasar berkenaan, Jiacheng melihat beg tangan ibunya cuba dirampas oleh seorang lelaki. Jiacheng pada awalnya berjaya menghalau penyamun tersebut daripada ibunya.

Bagaimanapun, penyamun berusia 30 tahun itu berkenaan datang kembali menghampiri mereka, kali ini dengan pisau dan cuba melakukan kekerasan terhadap ibunya.

Jiacheng kemudian tanpa teragak-agak berdiri dihadapan ibunya dan menjadikan badannya sebagai perisai ketika bergelut dengan penyamun berkenaan. Jiacheng juga dikatakan telah ditikam beberapa kali dalam usaha melindungi keselamatan ibunya.

Seorang lagi peniaga di pasar basah berkenaan turut cedera ditikam ketika cubaannya untuk menghalang penyamun berkenaan daripada melarikan diri. Peniaga berkenaan dilaporkan kritikal dan diletakkan di unit rawatan rapi.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan suspek sudah berjaya ditahan dan akan disiasat atas kesalahan membunuh.

”Saya menyuruh dia (Jiacheng) melarikan diri, tetapi dia menarik saya ke belakang. Anak saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa pun sebelum ini.

”Namun begitu, dia tidak melarikan diri dan berdiri dihadapan saya untuk melindungi saya. Saya melihat penyamun itu menikam anak saya beberapa kali dan Jiacheng kemudian rebah ke atas tanah,” kata Caofang.

Menurut laporan media tempatan lagi, orang ramai yang mengetahui kejadian berkenaan telah melancarkan satu tabung mengumpul dana untuk keluarga mangsa.

Sumber : Channel News Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.