Siakap Keli

“Lebih Baik Diwakili Calon Tempatan Walau Sukar Menang,” – KJ

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah disahkan akan bertanding di Parlimen Port Dickson sekali gus membuatkan penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal meletak jawatan.

Danyal dikatakan membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR yang dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Susulan berita itu, Khairy Jamaluddin dalam satu status Twitter miliknya mengeluarkan kenyataan berpendapat jawatan tersebut sesuai untuk calon tempatan, YB Rahman Redza selaku ADUN Linggi yang menunjukkan prestasi baik selama bertugas.

Nur Farra