Siakap Keli

Percutian Keluarga Bertukar Tragedi, Budak Lelaki Terkena Sawan Dan Strok Selepas Makan Di Resort Bertaraf Lima Bintang

Percutian indah bersama keluarga bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak terpaksa bertarung dengan kesakitan selepas mengalami keracunan makanan di Mesir. 

Insiden itu turut menyebabkan Luay Mohammed, 7, mengalami beberapa penyakit serius yang lain menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi lebih tiga minggu kerana mengalami beberapa komplikasi termasuk sepsis dan strok selepas dijangkiti salmonela.

Kanak-kanak malang ini dipercayai jatuh sakit selepas mengalami keracunan makanan di sebuah resort bertaraf lima bintang yang terletak di Teluk Makadi. 

 

Keadaan kesihatan Luay semakin merosot di rumahnya sebelum dikejarkan ke hospital. 

Pada Khamis, Luay mengalami sawan dan strok yang membuatkan ahli keluarganya semakin bimbang dengan keadaan kesihatannya. 

Jelas ibunya, Fathia Obayd, 30,  perkara tersebut sangat menakutkannya dan dia menyangka akan kehilangan Luay buat selamanya. 

“Ia sangat menakutkan. Saya sangka kami akan kehilangannya, saya berasa marah kerana semua ini berpunca daripada keracunan makanan.”

“Luay hanya budak kecil. Dia akan berada di hospital buat sementara waktu, tapi dia kuat melawan penyakit ini,” tambahnya lagi. 

Kini keadaan Luay agak kritikal namun masih stabil dan dilaporkan sedang menunggu keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) serta ujian spina bagi membantu doktor mengenal pasti sebarang masalah kesihatan jangka panjang.

Fathia memuat naik gambar anaknya untuk memebri peringatan kepada ibu bapa lain di luar sana. 

Sumber: TheSun

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di