Siakap Keli

”Saya Harap Ayah Dapat Hidup Lama Bersama Saya”, Pengorbanan Gadis Ini Demi Ayah Buat Ramai Tersentuh

Jasa ibu dan ayah terhadap anak-anak tidak ternilai, tak dapat dibalas walau dengan wang ringgit sekalipun hingga ke akhir hayat.  Tetapi sebagai anak, sejauh manakah pengorbanan yang sanggup anda lakukan demi ibu dan ayah tersayang?

Kisah ini ternyata menyentuh hati ramai. Seorang anak gadis sanggup berkorban demi ayahnya supaya dapat hidup lebih lama. Apa yang telah dilakukan oleh gadis ini?

Li dan isterinya seperti keluarga bahagia yang lain. Mereka yang sudah berusia dikurniakan seorang anak tunggal perempuan 14 tahun lalu, diberi nama Chen. Ketika itu Li berusia 48 tahun.

Harapan seorang ayah pastinya ingin melihat satu-satunya anak kesayangan membesar di depan mata. Tetapi segalanya berubah September tahun lalu apabila Li disahkan mengalami penyakit leukemia.

Dia tidak mahu isteri dan anaknya itu tahu dan cuba menyembunyikan perkara tersebut. Tetapi semuanya terbongkar apabila anak gadisnya secara tidak sengaja menemui keputusan ujian yang mengesahkan ayahnya mempunyai kanser.

Mereka telah membawa Li menjalani tiga kali sesi kimoterapi tetapi doktor memberitahu jika dia mahu hidup lebih lama, dia perlu menjalani satu-satunya cara iaitu pemindahan sumsum tulang dari ahli keluarga.

Setelah ujian dijalankan, satu-satunya sumsum yang sepadan adalah dari anak gadisnya Chen.

Hati ayah pastinya tidak mahu anak yang ditatang bagai minyak yang penuh merasa sakit walau sedikit. Dia tidak mahu anaknya itu berkorban demi dirinya yang sudah tua.

”Saya tidak mahu anak saya terlibat dalam hal ini, dia masih muda.’‘ kata Li.

Tetapi anak ini telah dibesarkan dengan baik oleh ibu bapanya. Mana mungkin dia sanggup membiarkan ayahnya menderita. Chen telah membuat keputusan untuk mendermakan sumsum tulangnya itu kepada ayahnya.

Dia paling benci berat badannya bertambah, tetapi dia terpaksa makan banyak setiap hari untuk menaikkan berat badan sebanyak enam kilo bagi membolehkan pemindahan sumsum tulang dijalankan.

Dia paling takut pada jarum dan benci mengambil ubat, tetapi setiap hari dia perlu ke hospital bagi menjalani ujian.

Pada Mac lalu, pemindahan darah telah selesai dijalankan separuh dan mereka masih menunggu untuk rawatan seterusnya.

Chen berharap agar ayahnya itu terus bertahan dan tidak mengalami pelbagai komplikasi.

Kata Chen, saya hanya harap ayah boleh hidup bersama saya lebih lama.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.