Siakap Keli

Bahaya ‘Maiesiophilia’, Kumpul Gambar Ibu Suka Tunjuk “Baby Bump” Sebagai Modal Fantasi Seksual

Baru-baru ini tular gambar ibu hamil yang didedahkan melalui laman media sosial sebagai ‘sumber’ sesetengah lelaki memuaskan nafsu serakah mereka secara maya.  Siapa sangka dengan hanya sekeping gambar wanita mengandung mampu mengundang pelbagai reaksi daripada golongan terdesak ini.

Golongan ini dipercayai menggunakan gambar ibu hamil untuk berfantasi perkara yang mejijikkan.  Gambar yang tular tersebut dibanjiri dengan ulasan berbaur lucah kerana golongan ini umumnya tertarik untuk melihat ke arah payudara dan mampu membayangkan tubuh wanita hamil tanpa seurat benang.

Mari baca penjelasan dari Bel Nawhen, menurut pandangannya sebagai jururawat.

MAIESIOPHILIA. KELAINAN SEKSUAL YANG PERLU DIAMBIL PEDULI

Tular baru-baru ini gambar ibu hamil dengan komen-komen berbaur lucah dimana ia amat menakutkan selain fantasi seksual yang sungguh menyeramkan.

Jika kita lihat, ada juga gambar di bawah ini ada yang berpakaian sopan tetapi masih dipilih juga untuk menjadi sebahagian koleksi.

Ada pula yang victim blaming. Perempuan itu salah sebab kongsi gambar katanya.

APA ITU MAIESIOPHILIA?

Maiesiophilia merupakan kelainan seksual yang mengakibatkan mereka dengan penyakit ini merasa ghairah ketika melihat ibu hamil.

Mereka juga sangat suka melihat ibu-ibu dengan dress hamil mereka atau apa pun pemakaian yang JELAS menunjukkan baby bump mereka yang mana pada pandangan mereka ia adalah seksi.

Meremang rasanya apabila mendapat salinan channel telegram seperti ini satu ketika dulu yang mana telah menjadi medium perkongsian video sex bersama ibu hamil serta paparan gambar ibu-ibu hamil sebagai objek pemuas nafsu dan ya. Saya marah. Tersangat marah:

1) Kepada mereka yang suka mempamerkan baby bump dengan alasan berkongsi kehamilan dengan rakan-rakan terutama yang bila ditegur, bukan nak terima.

2) Kepada mereka yang menjadi hamba nafsu serakah hingga mencari modal sabun di bilik mandi menggunakan gambar entah siapa-siapa.

3. Kepada mereka yang tidak silu dari mengambil gambar bukan milik sebagai modal fantasi seksual.

Cuba ya, cuba dikalangan ahli keluarga anda yang menjadi candid atau photoshop begini.

Marah atau suka?

Atau anda pun join sama jadikan point melampias nafsu sini sana.

Ceritanya mudah, nak ambil gambar dipersila. Tapi simpan untuk tontonan peribadi, bukannya jadikan ia sebagai tontonan umum dan membenarkan mereka ini menjadikan anda fantasi seksual mereka.

Benar, kehamilan merupakan satu kenangan indah yang perlu kita raikan, tetapi ada kala kita terlupa ada yang memerhati kita dalam diam dan mungkin berfantasi bahawa kita sedang hamilkan anaknya barangkali.

Saya tahu, memang kandungan bila sudah membesar, mana boleh disorok-sorok malahan ada tu gambar yang dijadikan perkongsian sesama rakan sahaja terlepas ke tangan yang tidak sepatutnya.

Jom, kita sebar kepada rakan2 lain. Mana tahu, mereka menjadi sebahagian dari mangsa

Nak bukti jelas lagi, anda google sahaja beberapa tajuk ibu hamil, anda akan lihat berapa banyak group seperti tumbIr yang mempamerkan gambar ibu hamil dan fantasi seksual tentangnya.

Notakaki:
Selain pedophilea, ini juga salah satu penyakit yang perlu kita cegah.

Sumber: BelNawhen
#SayaJururawat

Nur Farra