Siakap Keli

Bayi Perempuan Ditemui Di Laluan Penjalan Kaki

Seorang bayi perempuan yang diletakkan di dalam sebuah beg ditemui di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui tiga pekerja kontraktor pembersihan pada Ahad lalu.

”Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Shaharuddin berkata bayi seberat 2.45 kilogram yang lahir cukup usia kandungan dan sifat itu dianggar dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui, dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)