Siakap Keli

‘Befrienders’ Pusat Sokongan Emosi Cegah Bunuh Diri Di Malaysia

Mungkin tak ramai yang tak tahu tentang The Befrienders Kuala Lumpur yang merupakan pertubuhan sukarela membantu sesiapa sahaja yang dilanda murung, putus asa dan rasa ingin bunuh diri.  Kalau dilihat daripada laman Twitter mereka sendiri, @BefriendersKL dibanjiri dengan pertanyaan daripada mereka yang benar-benar memerlukan konsultasi sebelum tersalah langkah.

Jangan pandang rendah kepada sahabat atau orang sekeliling anda yang sedang mengalami kemurungan ya.   Mereka mungkin memerlukan bantuan ketika menghadapi kesukaran dan kebuntuan fikiran.

The Befrienders Kuala Lumpur menerima ratusan panggilan setiap hari yang rata-rata mereka berkecenderungan untuk membunuh diri. Daripada panggilan yang diterima, kira-kira 60 peratus pemanggil adalah wanita dan 40 peratus lelaki.

Mengikut kajian daripada pakar psikologi, bila tiba masa untuk membunuh diri, wanita adalah antara golongan yang banyak mencuba tetapi tidak berjaya berbanding golongan lelaki yang selalunya berjaya dalam usaha untuk membunuh diri.

Apa yang dilakukan mereka adalah melayan untuk berbual, memberi tumpuan terhadap apa yang mereka ingin luahkan, cungkil perasaan mereka dengan mendalam, layan dan dengar mereka bercakap agar mereka boleh lihat diri mereka dengan mendalam, berkongsi masalah dengan mereka, sehinggalah bertanyakan adakah selama ini terlintas di fikiran mereka untuk membunuh diri.

 

Nur Farra