Siakap Keli

”Hatiku Hancur Lebur Oleh Sikap Anaku Tak Berfikir Panjang”, Luah Ibu Kecewa Anak Jadi Penyamun

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik daripada anaknya. Dari kecil ditatang bagai minyak yang penuh, diberi kasih sayang sepenuh hati dan sudah tentu setiap permintaan anaknya akan dituruti. Apabila si anak sudah besar, baik ibu mahupun si ayah, harapan tinggi diletakkan pada anak-anak.

Mahu melihat anaknya berjaya dan menjadi manusia yang berguna. Boleh berbakti pada keluarga dan masyarakat. Tetapi jika anak yang sudahpun diberi didikan sebaiknya, tersalah pilih jalan dan memberi masalah, hati ibu manalah yang tidak kecewa. Anak sendiri yang menghancurkan hatinya, setelah diletak harapan yang begitu tinggi.

Begitulah apa yang dirasai oleh ibu kepada salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam kes samun viral baru-baru ini. Wanita berkenaan memuat naik status luahan hati berhubung perbuatan jenayah anaknya di laman facebook. Kita yang membaca luahannya dibawah pun pasti turut merasa sedih dan dapat merasai kekecewaan yang dialaminya.

Di manakah salah dan silapku sebagai seorang ibu telah ku curahkan segalanya buat anak-anak tersayang. Namun apakan daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu tak diambil peduli. Mengapakah jalan mudah yang diambil?

Andainya ada salah silapku dalam mendidik mereka sebelim ini Kau berikanlah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati mereka kearah kebaikan.

Sesungguhnya hanya padamu aku meminta pertolongan dan berserah. Kau makbulkanlah permintaan ibu yang daif ini Ya Allah. Berikanlah ketenangan dan hidayah buat anak-anakku. Agar mereka menjadi anak-anak yang berguna pada masyarakat serta mentaati segala perintah Mu Ya Allah.

Rasanya diri ini tak kuat lagi untuk menghadapi ujian yang Kau timpakan pada diriku ini. Walaupun ku cuba untuk tabah namun air mata tetap mengalir membasahi pipi.

Apakan daya sudah suratan takdir begini. Sampai bilakah uijian Mu buat diriku akan berakhir Ya Allah. Setiap dalam solatku selalu ku panjatkan doa. Agar diberikan ketenangan dan kesabaran namun hari ini hatiku hancur lebur oleh sikap anak yang tak berfikir panjang dalam sesuatu yang dilakukan.

Ya Allah… Aku sudah TIDAK KUAT lagi Ya Allah…

Maaf pada semua andai coretan ini menganggu tapi inilah hakikatnya hatiku sekarang. Memang sudah tidak kuat lagi menerima dugaan.

Perkongsian wanita berkenaan turut menarik perhatian netizen yang memintanya agar tabah dengan ujian yang menimpa dirinya.

Namun begitu terdapat juga netizen yang meninggalkan komen-komen negatif, barangkali masih berasa marah dengan tindakan tidak berhati perut kedua-dua suspek yang bertindak sedemikian terhadap seorang wanita yang sudah berusia.

Buat anda di luar sana, fikirlah dahulu masak-masak sebelum mahu melakukan sesuatu perkara, takut-takut ada hati yang terluka.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.