Siakap Keli

“Jangan Tertipu Gambar WhatsApp Budak,” Gadis Cerita Pengalaman Dipukau Melalui ‘Audio Note’ Hilang Ribuan Ringgit

Kalau dulu-dulu selalu kita dengar kes pukau ni biasanya terjadi melalui asap rokok, angin, mahupun makanan, zaman ini kes pukau terjadi hanya dengan medium laman media sosial seperti Facebook, atau aplikasi WhatsApp.

Siapa sangka hanya dengan mesej, kita boleh terpukau kan? Namun, realitinya ia benar-benar terjadi.  Dikatakan pukau ini berlaku dengan sekelip mata sehingga tidak sedar diri sudah pun di samun.

Cerita yang dikongsi gadis ini berlaku kepada salah seorang rakannya yang dipercayai telah dipukau melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang scammer yang menggunakan taktik nombor TAC.  Diharap perkongsian ini dijadikan sebagai contoh untuk anda di luar sana lebih berhati-hati dan jangan tertipu jika berhadapan dengan modus operandi seperti ini.

Antara yang turut berkongsi pengalaman yang sama:

Sumber: Twitter @atengjannah

Nur Farra