Siakap Keli

Kononnya Terima Arahan Misteri, Remaja Bunuh Dua Adiknya Dan Cekik Kucing Sampai Terkeluar Organ

Seorang remaja berusia 13 tahun bertindak kejam apabila membunuh dua orang adiknya serta seekor kucing setelah mendakwa dirinya menerima arahan misteri.

Menurut polis, suspek memberitahu dia mendengar ‘arahan’ dari suara misteri untuk membebaskan adiknya Desiree McCartney, 2, dan Nathaniel Ritz, 11 bulan.

Desiree ditemui mati dibunuh abang kandungnya di kediaman keluarga mereka di Osgood, Indiana pada Mei tahun lalu manakala adiknya pula meninggal pada Ogos, tiga bulan selepas kejadian itu.

Suspek ada memberitahu kepada beberapa orang saudara bahawa dia menekup kepala adiknya menggunakan selimut sehingga mereka berhenti membuat bunyi bising.

Pada September lalu, seorang saksi mendakwa terlihat suspek mencekik seekor kucing milik saudaranya sehingga organnya terkeluar dari badan.

Malah, dia ditemui dalam keadaan menangis dan tangannya dipenuhi darah setelah membunuh haiwan tersebut.

Remaja tersebut memberi alasan bertindak demikian kerana marah setelah dicakar kucing itu.

Sementara itu, menurut berita yang dipetik dari  Fox59, suspek memberitahu detektif penyiasat bahawa dia tidak merancang kematian adiknya tetapi hanya mahu membebaskan mereka dari ‘neraka’.

Menurut laporan, dia memberitahu polis mengenai perbualan dengan ‘tuhan’ namun tidak mahu bercerita lanjut kerana sudah berjanji untuk merahsiakannya.

Sewaktu pembunuhan itu berlaku, suspek tinggal bersama ibu, adik beradik, dan teman lelaki ibunya.

Suspek ditahan di bawah tahanan juvana sejak bulan lalu dan bakal menghadapi dua pertuduhan bunuh tidak lama lagi.

Sumber-  Fox59

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar